Pelajar Tayang Video LuC*H Ketika Sesi PdPR

Norma baharu dalam sesi pembelajaran hari ini sangat memberi cabaran kepada para guru.

Tugas Guru Bukan Hanya Mengajar Di Kelas

Tugas guru hari ini bukan sekadar membuat perancangan mengajar, masuk kelas dan mengajar. Guru hari ini perlu juga mempelajari teknologi maklumat terkini demi untuk memastikan kelancaran proses mengajar.

Mengajar secara maya menggunakan aplikasi video tidak sama dengan sesi pembelajaran sebelum ini yang secara berdepan. Anak murid bising, guru meletakkan jari di mulut menyuruh diam. Pelajar buat salah, guru boleh terus marah. Tetapi tidak secara maya.

Tayang Video Luc*h di Google Meet

Baru-baru ini, satu sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sebuah kelas dalam talian terganggu apabila seorang murid bertindak kurang ajar dan biasa. Pelajar tersebut dipercayai memaparkan video luc*h ketika sesi berkenaan berlangsung di Google Meet.

Dakwaan dilakukan oleh seorang guru di sebuah sekolah di Kepong seperti dilaporkan oleh Portal Malaysiakini . Peristiwa tersebut antara gangguan dan cabaran yang terpaksa dhadapai berbeza dengan proses pembelajaran secara bersemuka sebelum ini.

Hanya mahu dikenali sebagai Cikgu N, beliau berkata tindakan di luar jangkaan itu memaksa beliau terus menghentikan sesi PdPR serta-merta, sekali gus mengganggu proses pembelajaran murid-murid lain.

“Murid mengganggu proses PdPR yang menggunakan platform Google Meet dengan menyiarkan video luc*h”

Pelajar Tingkatan Satu Tayang Video Luc*h

Perkara ini dilakukan oleh murid Tingkatan 1, mereka berani berbuat demikian kerana mereka belum bersemuka dengan guru.

Murid berkenaan berani melakukan tindakan biadab demikian kerana memikirkan tiada tindakan yang boleh diambil, dan tiada perjumpaan secara bersemuka akan berlaku.

Seorang lagi guru yang enggan namanya didedah mendakwa beliau turut mengalami pengalaman serupa minggu lalu.

Ujarnya, kejadian tersebut telah mengganggu hampir 100 murid yang sedang menyertai sesi tersebut.

Guru berkenaan telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak pentadbir sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Terlampau Biadap

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Datuk Mohamad Ali Hasan menyifatkan perkara itu sebagai biadab yang melampau, dan perlu ‘diperangi’ segera.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berpandangan bahawa tindakan itu perlu dihentikan serta-merta, serta tindakan tuntas pembanterasan ke akar umbi.

“Pelajar-pelajar berkenaan bukan sahaja tidak menghormati guru yang menyampaikan ilmu tetapi juga menghalang rakan-rakan lain yg ingin menikmati pendidikan yang amat diperlukan masa kini.”

Langkah guru memaksa berhentikan pengajaran tersebut dipuji, dianggap sebagai langkah profesional dan boleh dicontohi warga pendidik lain.

Belum tentu ada guru lain yang mampu bersabar dan meneruskan sesi pembelajaran pada hari seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge