Cara Mudah Baca Surah Al-Quran Di Mana-mana (Dalam PDF)
Hari ini, hampir tiada alasan untuk kita tidak membaca surah Al-Quran setiap hari. Denga teknologi terkini, semuanya di hujung jari. Membaca al-Quran juga mudah dilakukan di mana-mana sahaj pada bila-bila masa.
Sentuh & Baca Al-Quran
Kami rasa berdosa jika tidak kongsikan ini dengan anda semua. Anda boleh muat turun file PDF di paparan DOWNLOAD di bawah ini
Kemudian, anda buka fail dalam format PDF.
Sentuh saja mana-mana surah yang ingin dibaca, paparan surah yang berkenaan akan terus dipaparkan. Mudah bukan?
Ribuan terima kasih kepada yg mencipta PDF ini. Idea yang sangat manfaat.
Semoga beliau sentiasa mendapat rahmat drpd Allah Azza Wajalla.. Aamiinn..
Baca Juga: Tidak Solat Punca Utama Cerai
Cara Belajar Mengaji Al-Quran Sendiri (Dengan Mudah & Cepat Khatam)
Cara belajar mengaji al-Quran yang terbaik adalah bersama dengan guru atau mereka yang lebih pakar. al-Quran bukan buku biasa. Ia perlu dipelajari dengan tertib dan penuh pengertian. Bimbang sesat tanpa bimbingan guru.
Namun, anda boleh mengaji sendiri sebagai latihan untuk diri sendiri.
Sebelum itu pastikan anda menepati kriteria berikut:
- Sudah kenal huruf
- Sudah tidak keliru dengan baris atas baris bawah
- Bacaan tidak lagi merangkak
- Bacaan sudah lancar
Jika anda belum mahir 4 perkara ini, lebih baik belajar mengajid Al-Quran daripada mereka yang lebih layak.
1# Belajar Mengaji Di YouTube
Kami tahu, ramai yang cuba belajar mengaji sendiri melalui YouTube. Cara mengaji al-Quran ini dibolehkan. Tidak salah. Ilmu itu boleh dipelajari melalui apa-apa medium.
Banyak channel yang mengajar secara percuma. Hanya perlu subscribe dan tonton.
Sebagai seorang pelajar yang baru mahu bermula, anda perlu mengikuti siri pengajaran oleh YouTuber tersebut daripada mula.
Cuma masalah besar apabila belajar melalui YouTube ialah, tidak ada sesiapa yang akan menegur kesilapan anda.
Pelajaran juga menjadi komunikasi satu hala kerana tidak ada respon daripada pihak lain.
2# Belajar Mengaji Di Facebook
Ada banyak kelas mengaji online percuma di Facebook. Yang paling terkenal ialah Kak Yah Global.
Kekurangan belajar mengaji di Facebook juga sama seperti di YouTube iaitu tidak ada sesiapa yang akan menegur kesilapan kita.
Pelajaran juga menjadi komunikasi satu hala kerana tidak ada teguran atau pemantauan dari guru. Yang membimbangkankan ialah kita terus baca dengan salah.