Cara Claim Insuran Dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB) Bila Kemalangan Dengan Kenderaan Tanpa Insurans

Pernah dengar mangsa yang kemalangan dengan kenderaan tanpa insurans dan buntu tidak tahu cara membuat tuntutan dengan pihak insurans?

Mungkin ada yang pernah menghadapi situasi sebegini. Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital?

Tidak adil la kan sebab kemalangan bukan disebabkan salah kita. Jadi, di mana dengan siap kita boleh membuat sebarang tuntutan kemalangan?

Sebenarnya, ramai yang tidak tahu.

Jom kami kongsikan.

Apabila berlaku kes seperti ini, anda boleh membuat tuntutan insuran dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)

MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan.

MIB ni mempunyai dana khas yang dikutip bertujuan untuk melindungi pengguna jalan raya yang dilanggar kenderaan yang tidak memiliki insurans.

MIB Dapat Duit Daripada Mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB.

Ooo begitu..

Macam mana cara nak claim dengan MIB ye?

Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

  1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
  2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar.
  3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
  4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
  5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
  6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.

Okay jelas?

Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

  1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
  2. Repot polis.
  3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
  4. Laporan perubatan.

Hantar dokumen di atas ke:

Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia

Wisma PIAM

No.150-3, 3rd Floor

Jalan Tun Sambanthan, Brickfields

50782 Kuala Lumpur

Tel: 03-2274 7395

Fax: 03-2274 5910

Kalau dah pandai jangan lupa share & ajar orang lain. Perkongsian ini untuk kita bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge