LHDN Malaysia

Cara Isi E-Filling (E-Borang) LHDN

Akses Ke Laman Web HASIL

Layari laman web rasmi ezHASiL di pautan https://ez.hasil.gov.my/.

Fungsi ini digunapakai oleh pengguna samada individu atau organisasi. Setiap pengguna mestilah
mengaktifkan No.PIN dahulu pada Login Kali Pertama bagi memperoleh sijil digital terlebih dahulu.

Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan.Pastikan frasa keselamatan betul, kemudian barulah masukkan kata laluan anda.

e-Borang (e-Filling)

Pengguna akan dipaparkan skrin Perkhidmatan apabila telah berjaya log masuk sistem ezHASiL.

i. Klik pautan e-Borang di bawah menu e-Filing. Sistem ezHASiL akan memaparkan skrin eBorang seperti di bawah.

ii. Pada skrin e-Borang, pilih jenis borang dan klik tahun taksiran yang berkaitan.

iii. Skrin borang e-BE akan dipaparkan. Maklumat pada borang terbahagi kepada 4 bahagian
iaitu:
a. Maklumat Individu
b. Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan
Yang Belum Dilaporkan
c. Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
d. Rumusan

iv. Pada skrin Maklumat Individu, ruangan maklumat yang bertanda (*) adalah mandatori
untuk diisi. Maklumat yang telah diisi akan disimpan apabila pengguna klik pada “tab” yang
seterusnya.
a. Klik butang Nota Penerangan BE untuk Penerangan mengenai borang BE
a. Klik pautan English untuk borang BE dalam versi Bahasa Inggeris

v. Pada skrin Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun
Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan, maklumat berkenaan penggajian akan dipaparkan.

Pengguna boleh mengisi maklumat berkenaan pendapatan pada skrin ini. Ini termasuklah pendapatan daripada gaji, faedah, royalti, pencen, dan apa-apa pendapatan atau keuntungan yang lain.

vi. Pada skrin Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai, pengguna boleh mengisi
maklumat untuk pelepasan cukai. Penerangan boleh diperolehi sekiranya tetikus digerakkan
pada simbol (tanda seru-merah)

Sila pastikan pelepasan yang anda tuntut mempunyai bukti seperti resit pembayaran atau pembelian.

Contohnya resit pembelian alatan sukan, resit pembelian telefon pintar baru, pembelian buku-buku dan juga resit-resit pembelian yang lain. Resit ini mungkin diperlukan pada masa hadapan oleh pihak LHDN. Jika anda tidak berjaya kemukakan resit ini, anda berkemungkinan dikenakan tindakan penalti / denda.

vii. Pada skrin Rumusan, rumusan cukai akan dipaparkan sama ada pengguna mempunyai
“Lebihan Bayaran” atau “Baki Cukai Kena Dibayar”. Pengguna juga boleh menyemak semula
rumusan maklumat yang telah diisi seperti “Jumlah Pendapatan”. Tekan butang Teruskan
untuk menghantar pengisytiharan borang.

viii. Pada skrin Akuan, Terdapat 3 pilihan menu pada skrin ini iaitu:

a. Cetak Draf Borang – Mencetak draf borang dalam bentuk .PDF
b. Tandatangan & Hantar – Untuk menghantar e-Borang
c. Kembali – Kembali ke skrin yang sebelumnya

Tekan butang Tandatangan & Hantar untuk menghantar e-Borang.

Apabila butang Tandatangan & Hantar ditekan, skrin Tandatangan akan dipaparkan.
Masukkan No Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah
diisi. Huruf besar atau kecil yang dimasukkan hendaklah tepat seperti yang telah ditetapkan
sebelum ini.

Skrin Pengesahan Penerimaan e-BE Bagi Tahun Taksiran XXXX seperti di atas akan
dipaparkan. Terdapat 3 butang pada skrin ini iaitu :
a. Butang Simpan & Cetak Pengesahan – Untuk menyimpan dan mencetak slip
pengesahan penerimaan borang.
b. Butang Simpan & Cetak e-BE – Untuk menyimpan dan mencetak salinan e- Borang
c. Butang Keluar – Untuk keluar dari e-Borang

Tarikh penghantaran cukai tahun 2021 adalah seperti di bawah:

  • Tidak menjalankan perniagaan – 1 Mac 2022 hingga 30 April 2022
  • Menjalankan perniagaan – 1 Mac 2022 hingga 30 jun 2022.

Kami mengucapkan selamat mengisi borang e-filing 2022.

Tahniah..anda telah pun menjalankan tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge