ujian saringan covid-19

Cara Memohon Saringan Covid-19 Percuma Bagi Ahli PERKESO (Warganegara & Pekerja Asing)

Program Saringan Prihatin dilancarkan bagi menyediakan saringan COVID-19 bagi pekerja syarikat-syarikat di Malaysia.

Bayaran saringan RM150 bagi setiap pekerja akan mendapat subsidi Program Saringan Prihatin bagi penyumbang PERKESO berdaftar.

Pekerja yang layak akan menerima saringan secara percuma di bawah Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO.

Pekerja yang tidak layak untuk subsidi berkenaan boleh melakukan saringan pada harga RM150 dengan perbelanjaan mereka sendiri.

Sebagai alternatif daripada meminta pekerja untuk mengunjungi klinik, kami sebaliknya akan pergi ke premis majikan (syarikat dengan lebih daripada 50 pekerja yang layak) untuk melakukan saringan. Bagi syarikat dengan jumlah kurang daripada 50 pekerja yang layak, terdapat caj perjalanan berasingan dikenakan mengikut lokasi.

Setelah majikan menyelesaikan proses pendaftaran, mereka boleh membuat janji temu untuk pekerja mereka. Melalui klinik bergerak MYEG, kami akan mengaturkan pasukan perubatan untuk pergi ke premis majikan untuk melakukan saringan.

Jenis Saringan Covid-19?

Ia adalah ujian antigen yang memerlukan swab dilakukan. Sampel akan dihantar ke makmal untuk mendapatkan keputusan.

Saringan akan dilakukan oleh pengamal perubatan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Rekod Bukti Duji Disediakan

Mereka akan menerima sijil digital daripada MYEG dalam bentuk kod QR dinamik berwarna pada aplikasi mudah alih yang menunjukkan status ujian mereka untuk tujuan pengesahan. Sijil digital berkenaan diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Kerja sebagai rekod bukti ujian.

Pendaftaran bagi pekerja boleh dilakukan di https://app11.myeg.com.my/PSPEMP/

One Reply to “Cara Memohon Saringan Covid-19 Percuma Bagi Ahli PERKESO (Warganegara & Pekerja Asing)”

Leave a Reply to Pengedar Shaklee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge