cara buat hibah

Cara Mohon Hibah Takaful

Hari ini, makin ramai yang tahu dan cakna tentang kepentingan atau fungsi Hibah. Ada yang merasakan Hibah adalah jalan penyelesaian terbaik untuk perkara tertentu, terutama yang melibatkan pembahagian harta sedia ada.

Apa Itu Hibah?

Hibah adalah hadiah atau lebih lanjut, ianya satu pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang pemberi ingini sama ada waris atau bukan waris.

Hibah adalah perbuatan yang lebih mulia daripada memberi hadiah. Hibah dan hadiah, dalam masyarakat Arab adalah berbeza. Dorongan memberi ini memang disuruh Allah dan tiada kena-mengena dengan faraid.

Ada empat rukun hibah, pertama ialah pemberi, kedua penerima, ketiga harta yang hendak dihibah dan keempat ijab kabul. Rukun keempat ini sangat penting kerana ia bermaksud kontrak. Kontrak ini berdasarkan surah al-Baqarah ayat 282. Ia keperluan penting sebagai rujukan dalam hitam putih. Buatlah surat secara bertulis dan sahkannya – Ustaz Khairul

Apa Pula Hibah Takaful?

Hibah takaful adalah hibah bersyarat di mana waris akan mendapat pampasan apabila penyumbang telah meninggal dunia. Hibah takaful boleh dikatakan aset mudah cair dalam bentuk tunai. Dengan tunai ini, penerima boleh menggunakannya untuk pelbagai keperluan. Contohnys melangsaikan hutang si mati, menyara anak-anak yang masih kecil, atau untuk keperluan waris atau anak-anak si mati.

Proses menerima wang pampasan / hibah takaful ini biasanya memerlukan masa yang singkat iaitu sekitar sebulan berbanding proses pengurusan harta pusaka yang mengambil masa lebih panjang. Syarikat takaful turut menawarkan kepelbagaian plan hibah takaful sebagai usaha menarik minat dan usaha kesedaran masyarakat tentang manfaat Hibah Takaful.

Mungkin ada yang masih tertanya-tanya kenapa kita perlu ambil hibah takaful, sekurang-kurangnya satu plan untuk isteri dan anak-anak?

ejen takaful hibah

Kepada Perlu Hibah Takaful?

1# Income Replacement

Tahun demi tahun, kos hidup pasti meningkat. Itu tidak dapat dinafikan. Katakan anda berjaya menabung RM100 sebulan. Jumlah simpanan setahun adalah RM1200. Anda konsisten menabung sejumlah ini selama 10 tahun. Pada tahun ke-10, anda mempunyai sejumlah lebih RM12,000 dicampur dengan dividen.

Apa jadi jika pada masa itu anda meninggal dunia? Anda hanya meninggalkan RM12,000 untuk anak dan isteri.

Sebaliknya, jika anda menyertai plan hibah dengan sumbangan HANYA RM125, membolehkan anda meninggalkan anak isteri atau pewaris sejumlah amaun sehingga RM500,000.

Namun, nilai sumbangan akan bergantung kepada umur, status kesihatan, dan produk/plan/pakej yang ditawarkan oleh pengendali takaful/insuran masing-masing. (Psstt adalah lebih berbaloi jika anda membuat plan hibah takaful ketika anda muda remaja dengan rekod kesihatan yang bersih)

Nota: Berapa nilai hibah yang sepatutnya diambil? Asasnya, pendapatan tahunan perlu digandakan untuk 10 tahun. Katakan gaji anda adalah RM5000 sebulan. Jumlah gaji setahun anda RM60,000 X 10 tahun. Jadi nilai hibah yang paling ‘afdal’ untuk disediakan adalah RM600,000.

2# Selesaikan Hutang

Pernah terfikir tak selepas anda meninggal dunia, siapa yang akan menyelesaikan hutang anda? Isteri / waris? Jika hutang sekadar RM1000 atau RM3000 OK lagi. Bagaimana pula dengan hutang sejumlah RM100K?

Dari mana pula mereka hendak dapatkan sejumlah wang? Dengan hibah takaful, waris dapat menggunakan sumber tersebut untuk menjelaskan hutang si mati.

Anda telah mengambil tindakan yang bijak sekiranya memilih untuk memperuntukkan sejumlah wang untuk mengambil plan takaful hibah.

3# Penerima Mutlak

Seperti yang kami kongsi di perenggan awal artikel ini, hibah adalah satu pemberian mutlak daripada pemberi kepada penerima. Yang menerima akan menjadi pemilik mutlak.

Jika anda membuat plan hibah takaful ini, jangan lupa untuk maklumkan kepada penerima hibah. Seeloknya, berikan satu salinan polisi dan kontek yang boleh dihubungi supaya penerima tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian. Jika anda masih belum membuat plan hibah, boleh hubungi kontek yang kami kongsikan di bawah ini.

4# Tiada Kos

Berbanding cara pengurusan harta pusaka lain, wang pampasan kematian / hibah takaful ini tidak memerlukan kos guaman. Penerima / isteri si mati tidak perlu mengupah peguam atau pihak ke-3 untuk menguruskan penerimaan wang hibah takaful. Nilai yang dihibahkan akan diterima 100% seperti yang tertera di surat perjanjian atau polisi.

Jika si suami menghibahkan RM500,000 kepada isteri, nilai tersebut akan diterima oleh si isteri tanpa sebarang penolakan. Ada juga sesetengah syarikat pengendali pampasan hibah memberi manfaat tambahan seperti khairat kematian.

5# Proses Tuntutan Yang Mudah & Pantas

Bayangkan seorang isteri yang tidak bekerja, menerima berita pemergian suaminya secara mengejut. Mana nak cari duit dalam masa singkat untuk teruskan kehidupan? Proses tuntutan hibah adalah satu jalan penyelesaian untuk mendapatkan sumber kewangan dalam masa yang cepat dan mudah. Hanya tempoh sebulan sahaja!

Isteri yang masih terkejut pasti ‘struggle’ untuk mencari wang untuk membeli lampin, susu anda dan perbelanjaan meneruskan kehidupan. Jadi, di sinilah gunanya wang pampasan kematian atau hibah takaful.

Setidak-tidak, dengan penerimaan wang hibah itu, sedikit-sebanyak si isteri dapat terus menyara keluarga dengan lebih tenang.

Kesimpulan

Untuk meneruskan kehidupan, memerlukan wang. Hibah takaful memainkan peranan penting untuk membantu waris meneruskan kehidupan. Ini bagi memastikan si isteri atau waris si mati dapat terus menyediakan makanan di atas meja.

Perlu diingat, apabila membuat hibah takaful, pastikan penerima adalah penerima mutlak bukannya wasi. Jika melibatkan wasi, pampasan hibah masih perlu diagihkan mengikut faraid

Ya benar, perkara melibatkan takaful/insuran/plan perlindungan diri ini adalah komitmen untuk tempoh masa yang panjang. Bukan untuk 2,3 tahun. Tidak guna anda memiliki polisi dengan premium yang tinggi jika tidak mampu meneruskan pembayaran dan akhirnya polisi terbatal.

Langkah bijak adalah dengan merancang kewangan dengan sebaik mungkin. Duduk semeja dengan ejen takaful/hibah anda. Berbincanglah dari hati ke hati. Jadikan Ejen takaful itu sebagai perunding anda untuk merancang dan menguruskan perlindungan keluarga anda.

Cara Buat Hibah?

Kepada anda yang sedang mencari cara buat hibah takaful hari ini, bolehlah hubungi En. Jamar di talian +017-2101282 untuk set appointment dan berdiskusi tentang rangka bentuk pelan perlindungan diri anda keluarga. Senang sahaja cara buat hibah. Semua proses boleh dilakukan secara bersemuka (face-to-face) atau di atas talian (Online registration). Perkara pertama, anda perlu hubungi ejen hibah takaful di talian yang kami kongsikan tadi.

Nilai RM125 tidak sesukar mana untuk dicari hari ini berbanding melihat tekanan & titik peluh isteri yang terpaksa mencari sesuap nasi selepas ‘pemergian’ anda.

One Reply to “Cara Mohon Hibah Takaful”

Leave a Reply to Geng Borak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge