youtuber isarb hafiz

Pendedahan Sebenar Pergaduhan di Court Futsal Melibatkan Isarb Hafiz & Isarb Clan

Sabtu lepas, tular satu video memaparkan pergaduahan di gelanggang futsal di Subang Jaya. Rakaman video itu dikaitkan dengan salah seorang iSarb Clan yang dikatakan memanggil 25 orang rakan yang lain untuk memukul seorang pemain futsal di situ. Puncah pergaduhan disebabkan rasa tidak puas.

Rahimie menjadi mangsa dikatakan telah dipukul oleh Hafiz termasuklah 25 rakan-rakan yang lain. Di awal pergaduhan, Rahimie cuba meleraikan pergaduhan antara iSarb Hafiz dan seorang lagi pemain futsal di situ iaitu Firdaus.

Baca Juga: Salah Seorang iSarb Clan Ditahan Polis

“Ini bukan satu pergaduhan tetapi satu tindakan mempertahankan diri” . Ini merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang daripada mereka namun ramai tidak bersetuju dengan tindakan sebegitu.

Sehubungan dengan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, pihak polis sedang mengesan beberapa individu yang disyaki terbabit dalam insiden pergaduhan kumpulan di gelanggang futsal di Taman Perindustrian, Subang semalam.

Insiden pada kira-kira 10.30 malam itu disyaki berlaku akibat perselisihan faham dan pergelutan antara dua kumpulan ketika perlawanan persahabatan.– Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Abd Khalid Othman

Puncah Pergaduhan

Seorang lelaki berusia 19 tahun melakukan terjahan keras terhadap pemain pasukan lawan berusia 22 tahun ketika perlawanan.

Siasatan awal mendapati tiada senjata digunakan dalam insiden itu. Namun pihak polis akan mengambil tindakan kompaun ke atas mana-mana individu terbabit sekiranya didapati berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Kes Demi Kes iSarb Clan

Apa jua alasan punca pergaduhan, ianya tetap salah dan tidak patut berlaku. Terutama jika anda seorang ‘public figure’. Nama iSarb Clan adalah satu nama besar dalam industri YouTube. Video konten mereka ditonton oleh pelbagai peringkat umur.

Cerita dan isu sebegini pasti memberi pengaruh tidak baik untuk penonton terutama golongan muda. Gangsterisme tidak patut menjadi satu budaya di kalangan anak muda Malaysia.

youtuber isa isarb

Pendapat kami, Isa iSarb selaku orang no.1 iSarb Clan perlu melakukan ‘sesuatu’ supaya nama baik iSarb Clan tidak terus tercalar dek sikap & kelakuan geng mereka.

Kami percaya, isu ini akan disiasat oleh pihak polis seadilnya. Hukuman wajib dikenakan kepada pihak yang bersalah.

2 Replies to “Pendedahan Sebenar Pergaduhan di Court Futsal Melibatkan Isarb Hafiz & Isarb Clan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge