stressful

Cara Mudah Hilangkan Stress.

Sejak kemunculan pandemik covid-19, kami pasti ramai yang hidup dalam keadaan stress dan tertekan. Tekanan mereka mungkin dialami daripada masalah kewangan akibat kekangan untuk keluar mencari rezeki, masalah rumah tangga yang berpunca daripada ekonomi keluarga yang terjejas dan kemurungan apabila terlalu lama berkurung di dalam rumah.

Walaupun ada yang berkata, tekanan boleh menjadi pemangkin yang menjadi perangsang kepada diri untuk menempuhi situasi sukar dan bangkit mencipta kejayaan. Cakap lebih mudah berbanding mereka yang terpaksa memikul beban bersendirian.

Namun, tekanan yang melampau boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan anda. Ia boleh menjejaskan sistem neuroendokrin, imun, kardiovaskular, dan saraf tunjang.

Cara Mudah Hilangkan Stress

1# Bersenam

Luangkan waktu seketika untuk melakukan senaman ringan.

Cukup sekadar 30 minit berjalan, berlari, melakukan yoga di semasa dalam tempoh stres boleh memberi kesan segera yang berkekalan sehingga beberapa jam.

2# Lebihkan Waktu Tidur

Anda stress mungkin tidak cukup tidur. Dah baring di katil pada jam 10 malam, tetapi hanya boleh lelapkan mata pada jam 1 pagi. Ini disebabkan anda terlalu fikirkan perkara negatif sehingga mengganggu waktu tidur anda seterusnya menyebabkan anda berada dalam tekanan sepanjang masa.

Tidur yang cukup sangat penting.

Ia membantu anda me’-recharge’ tenaga anda sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

Pastikan anda cukup tidur pada waktu malam, 6-7 jam. Anda juga boleh ‘tidur sekejap’ pada waktu siang. Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja.

Mengikut kajian, 1 minit ‘tidur sekejap’ di waktu siang, kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur pada waktu malam.

Jadi, cukup sekadar lelap sekejap.

3# Senyum dan Ketawa

Sistem saraf kita berhubung antara emosi dan ekspresi muka.

Oleh itu, sewaktu dalam keadaan stres, kita akan mempamerkan muka stres. Senyum dan gelak boleh membantu mengurangkan sedikit tekanan dan masalah yang dihadapi.

Carilah aktiviti atau teman yang mampu memberikan aura kegembiraan buat anda.

4# Bina Komunikasi Dengan Orang Lain

Ada hikmah bila dikenakan perintah berkurang dalam waktu yang panjang. Ada yang mula explore teknologi baru yang memungkin kita berkomunikasi dengan teman dari jarak jauh tanpa perlu keluar rumah.

Ketahuilah, meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah. Gunalah aplikiasi telekomunikasi seperti Zoom, Google Meet, Whatsapp untuk terus berkomunikasi dan meluahkan apa yang terbuku kepada keluarga atau teman di luar sana.

5# Baca Buku & Al-Quran

Pernahkah anda membaca artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan.

Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress. Ini bukan auta. Ini adalah fakta. Dan ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul.

Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.

Untuk mereka yang beragam Islam, mulakan hari anda dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

Anda juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.

Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.

6# Makan

Makan makanan yang berkhasiat. Usahakan makan makanan yang mampu membantu anda hilangkan rasa stress.

Antara makanan yang bagus diamalkan ketika stress atau tekanan ialah: madu , susu panas, green tea, coklat, air kelapa, pisang, beras merah dan sayuran hijau.

Satu kajian yang diterbikan oleh Journal of Affective Disorder pada tahun 2012, mengatakan orang yang melakukan diet tinggi folat akan kurang menghadapi tekanan atau gejala depresi.

Kesimpulan

Ada banyak cara mudah untuk hilangkan stress dan tekanan.

Usahakan untuk muncul rasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan. Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress secara perlahan-lahan. Ketenangan itu yang anda dan kita semua dambakan. Ayuh!

 Semoga artikel perkongsian ini dapat memberikan idea kepada anda cara untuk hilangkan stress di dalam situasa kehidupan norma baharu pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge