5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Terbang Ke Langkawi

Esok, 16 September adalah hari pertama kebenaran diberikan kepada orang ramai untuk berkunjung ke Langkawi di bawah projek rintis Gelembung Pelancongan (Travel Bubble). Keistimewaan ini telah diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Pulau Lagenda itu boleh mula dikunjungi pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP termasuklah pelancong dari negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sebelum anda mula ‘check-in’ ke dalam pesawat, pastikan anda menyemak terlebih dahulu prosedur terkini yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat penerbangan. Ianya bagi mengelakkan anda kecewa akibat tidak dibenarkan terbang kerana tidak mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.

5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Terbang Ke Langkawi

1. Kelayakan Untuk Anda Dan Keluarga Terbang atau Melakukan Perjalanan

Sila semak jika ada sebarang peraturan atau syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan untuk ke Langkawi dan destinasi lain. Sedia maklum, penerbangan terus ke Langkawi dibenarkan dibenarkan tanpa perlu memohon permit perjalanan. Sebaliknya, anda memerlukan permit perjalanan sekiranya menggunakan jalan darat.

Anda juga perlu memastikan dokumen kesihatan dan perjalanan disediakan sebaik mungkin.

Syarat-syarat ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, jadi sila dapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan terlebih dahulu.

2. Mendaftar Masuk Secara Kendiri (Self Check In)

Jika tidak kerana situasi pandemik hari ini, Check In secara kendiri memang dilaksanakan oleh syarikat penerbangan seluruh dunia. Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan di lapangan terbang dan mengurangkan kebergantungan kepada staff di kaunter, ia juga membantu meminimumkan sentuhan fizikal.

Mendaftar masuk kendiri amat mudah dan cepat dilakukan. Anda boleh menyemak dengan syarikat penerbangan untuk aplikasi Self Check In yang disediakan secara percuma.

Anda juga perlu mengimbas atau memuat naik sijil vaksinasi atau dokumen kesihatan yang diperlukan semasa proses mendaftar masuk untuk pengesahan segera.

Untuk makluman, daftar masuk melalui kaunter hanya untuk penumpang kurang upaya, tetamu yang membawa bayi (bawah usia 24 bulan), dan tetamu bawah umur yang terbang sendiri. Cas servis akan dikenakan kepada penumpang biasa.

3. Tiba lebih awal di lapangan terbang

Sedia maklum, peningkatan penumpang secara mendadak di lapangan terbang pasti memerlukan masa yang lebih lama untuk proses mendaftar. Jadi, penumpang digalakkan untuk tiba sebaik-baiknya 4 jam sebelum masa berlepas untuk memenuhi semua proses yang diperlukan.

Pasukan khidmat pelanggan kami bersedia membantu sebarang pertanyaan dari tetamu.

Baca Juga: 5 Hotel dan Guest House Murah di Pantai Cenang Langkawi

4. Sentiasa Memakai Pelitup Muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan

Jika boleh, wajibkan diri anda dan keluarga untuk sentiasa memakai pelitup muka (facemask) sebelum, semasa dan selepas penerbangan.

Pakai pelitup muka perubatan 3-ply atau lebih, seperti yang disarankan pihak berkuasa kesihatan, atau gunakan pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik.

Anda juga perlu menyemak sama ada pelitup muka dengan injap terbuka atau biasa. Sesetengan syarikat penerbangan tidak membenarkan pelitup muka jenis injap terbuka. Semak sebelum terbang.

5. Peka Dengan Pengumuman Terkini

Pihak syarikat penerbangan berhak menukar atau menangguhkan jadual perjalanan apabila keadaan memerlukan mereka melakukannya. Langkah terbaik ialah sentiasa menyemak pengumuman terkini di laman web atau media sosial pihak syarikat penerbangan. Mereka mungkin melakukan pertukaran jadual perjalanan disebabkan situasi kecemasan yang melibatkan isu kesihatan.

Kesimpulan

Program Gelembung Pelancongan dilakukan demi memastikan kelangsungan hidup peniaga yang terlibat di dalam bidang pelancongan. Ini juga sebagai perintis untuk fasa membina ekonomi yang melibatkan jutaan rakyat Maaysia. Semoga program ini berjaya dilaksanakan dan kita semua sentiasa selamat daripada dijangkiti virus Covid-19.

Selamat bercuti. Stay Safe!

One Reply to “5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Terbang Ke Langkawi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge