air batu

Cara Membezakan Ais Batu Bersih Atau Tercemar.

Menikmati teh ais atau sirap ais ketika cuaca panas terasa sangat nikmat. Semakin banyak ketulan ais batu dimasukkan ke dalam gelas, semakin sejuk air yang diminum.

Pernahkah anda terfikir, ais batu yang dinikmati pada waktu cuaca panas terik yang diletakkan dalam gelas itu menggunakan air masak atau air paip yang tidak dapat dipastikan tahap kebersihannya?

Jika minum di warung, pernahkah anda terfikir ais batu yang diletakkan di dalam gelas minuman yang diorder benar-benar bersih dan diperbuat daripada air yang dah dimasak?

Yang pasti, kita semua mengambil mudah tentang kebersihan ais batu itu sendiri.

Setuju?

Tips membezakan ais air paip dengan ais air masak.

  • Ais daripada air mentah (air paip) berwarna putih kerana banyak gas yang masih terperangkap di dalamnya.
  • Kebiasaannya ais yang dibuat daripada air mentah adalah ais blok yang digunakan untuk menyejukkan ikan atau daging di pasar.
  • Ais daripada air masak pula akan kelihatan jernih kerana gas di dalamnya telah dilepaskan ketika merebus air tersebut. Ais ini dipanggil ais kristal.
  • Ais kristal sudah banyak digunakan, ia berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

Beza Ais Batu Jernih dan Keruh

1. Kiub ais jernih adalah air ditapis atau dimasak

Menurut posting Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Melaka (BKKM Melaka), air secara semula jadinya mengandungi gas seperti oksigen, mineral dan bahan kimia lain.

Apabila kita masak atau mendidihkan atau menapis air, kandungan mineral dan oksigen yang terkandung di dalamnya akan hilang. Jadi ketulan ais yang terhasil daripada air yang ditapis atau dimasak akan kelihatan jernih.

Untuk air yang tidak dimasak pula, apabila air disejukbekukan menjadi ais, gas yang terkandung akan menjauhi suhu sejuk itu. Maka gas ini akan terperangkap di dalam dan mengganggu pembentukan struktur ikatan antara molekul air.

Ikatan yang tidak sekata ini menyebabkan ais itu menjadi rupa “keruh”.

2. Ais yang jernih lebih lambat cair

Gas yang terperangkap dalam ais yang keruh menjadikannya lebih cepat mencair berbanding ais yang jernih.

Ini kerana gas yang terperangkap akan mempercepatkannya mencapai suhu bilik.

Ini bermakna, kita dapat menikmati minuman sejuk dengan lebih lama jika meletakkan ais kiub yang jernih dalam minuman.

3. Kiub ais yang jernih lebih sedap

Disebabkan kandungan molekul air yang lebih padat tanpa gas tadi, rasa ais juga menjadi lebih sedap dan asli tanpa “memerangkap” sebarang perasa daripada peti ais atau persekitaran tempat ia disimpan.

Bayangkan kalau air kegemaran kita bertukar rasa disebabkan ais, mesti hilang selera nak minum kan?

Untuk makluman, pemilik kilang ais dan mesin jual air yang didapati melanggar peraturan boleh berdepan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Semua pihak yang menjalankan perniagaan air dan ais perlu mainkan peranan masing-masing bagi memastikan produk dijual itu bersih dan selamat.

Ais batu atau ais kiub yang terbaik hanyalah yang diperbuat daripada ais yang sudah dimasak.

One Reply to “Cara Membezakan Ais Batu Bersih Atau Tercemar.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge