Cara Mudah Periksa Denyutan Jantung

Bila kali terakhir anda periksa denyutan jantung? Bagi yang mempunyai alat periksa denyutan jantung atau dikenali sebagai Pulse Oximeter, bolehlah sentiasa menyemak kadar denyutan jantung dan paras oksigen dalam darah.

Tahu tak denyutan jantung yang normal ialah 50-90 denyutan per minit dalam keadaan rehat. Manakala paras oksigen normal adalah di antara 95% – 99%.

Bagaimana cara periksa denyutan jantung sekiranya tidak mempunyai alat ini.

Senang sahaja.

Waktu berehat letakkan jari di tempat nadi sama ada di leher atau pergelangan tangan. Anda dapat rasakan denyutan ini di hujung jari anda.

Setkan masa di smartphone. Lepas tu cuba kira berapa kali ia berdenyut dalam masa 1 minit.

Jantung yang normal akan berdenyut antara 50-90 denyutan dalam masa 1 minit.

Jika denyutan lebih daripada 100 per minit perlu lah melakukan pemeriksaan kesihatan.

Jantung adalah sangat penting kerana ia mengepam darah dan oksigen ke seluruh badan kita.

Apabila jantung bermasalah atau tersumbat ia sangatlah bahaya untuk kesihatan kita.

Cara Untuk Kekalkan Jantung Sihat?

Ada pelbagai cara yang boleh diamalkan bagi memastikan tahap kesihatan jantung anda berada pada paras optimum.

  1. Berhenti merokok
  2. Pantau tekanan darah dengan lebih kerap
  3. Pantau paras koletrol
  4. Bersenamg
  5. Tidur yang cukup
  6. Jaga BMI atau berat badan yang sihat
  7. Jalani periksaan jantung secara berkala

Jantung adalah organ premier dan satu-satunya organ yang bekerja keras setiap masa bagi memenuhi kehendak organ lain.

Ramai yang mempunyai masalah jantung disebabkan punca lain seperti masalah obersiti, tekanan darah tinggi, tabiat merokok dan diabetis.

Tidak mustahil untuk kita semua menjauhi masalah kegagalan jantung. Sesiapa sahaja boleh elak daripada menghadapi masalah ini. Yang penting, anda perlu memahami jantung anda dengan lebih mendalam supaya langkah pencegahan boleh diambil lebih awal.

Simptom Serangan Jantung

Serangan jantung boleh berlaku apabila salur darah yang membekalkan nutrien dan oksigen kepada otot jantung tersumbat.

Punca lazim yang sering dikenal pasti berkait dengan masalah pengumpulan lemak dan kolesterol pada salur darah terlibat.

Pastikan anda mengetahui simptom lazim bagi serangan jantung seperti:

  • Sakit dada
  • Rasa sakit atau kebas pada bahagian lengan kiri, leher, atau belakang dada
  • Perpeluhan
  • Kelesuan
  • Pening kepala

Pemahaman yang mendalam berkaitan dengan jantung serta komplikasi akibat tahap kesihatannya yang teruk boleh membantu untuk meningkatkan kualiti hidup anda.

One Reply to “Cara Mudah Periksa Denyutan Jantung”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge