Cara Semak Oximeter Asli Atau Palsu
Status kes positif Covid-19 di Malaysia masih tinggi. Tiada tanda-tanda penurunan secara berjujukan untuk tempoh masa terdekat ini. Selain menjadi SOP, mengamalkan tahap kebersihan kendiri dan sentiasa mengukur suhu badan menggunakan penyukat suhu, kita juga digalakkan untuk memiliki alat pengukur kadar oksigen dan denyutan jantung sendiri di rumah. Hari ini, ramai seller yang menjual Oximeter secara online di Shopee, Facebook mahupun di kedai-kedai biasa. Keperluan dan permintaan tinggi untuk memiliki Oximeter pada hari ini menyebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawap mengambil kesempatan menjual Oximeter palsu. Anda boleh menggunakan cara semak Oximeter asli atau palsu bagi memastikan kesihatan anda dipantau dengan betul.
Cara Semak Oximeter Palsu
1# Kebiasaan, cara penggunaan Oximeter adalah dengan memasukkan jari pada alat ini. Oximeter asli akan memberi output bacaan oksigen di dalam badan anda secara grafik.
2# Ikat benang atau tali di jari anda. Letakkan jari di Oximeter. Oximeter akan membaca bacaan Oksigen di dalam tubuh anda secara menurun. Jika bacaan oksigen di dalam badan anda menunjukkan bacaan tetap atau terus meningkat, berkemungkinan Oximeter anda palsu.
3# Masukkan sebatang pensel ke Oximeter menggantikan jari anda. Oximeter palsu akan memberi bacaan Oksigen. Manakal Oximeter palsu tidak akan memberi sebarang bacaan atau mengeluarkan tanda ERROR.
4# Semak pensijilan atau certificate Oximeter yang dibeli. Alat Oximeter yang dipantau kualitinya biasanya mempunyai sijil pembuatan daripada badan-badan semak kualiti / QA yang iiktiraf. Kerana ini, harga Oximeter yang berjaya dijual pada harga yang lebih tinggi.
Untuk makluman, terdapat beberapa jenis oximeter yang diluluskan oleh Medical Device Authority (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kami senaraikan jenama Oximeter yang terbaik dan mampu milik. Antaranya:
- Berry Pulse Oximeter – RM129
- Oxitech Finger Pulse Oximeter – RM99
- Medisana Pulse Oximeter PM100 MDA certified – RM119.90
- Medisana, AEON A300, Yonker, Oxitech Pulse Oximeter
- Omron Oximeter. FDA (US Medical Certification product) – RM57
- Yonker & Yongrow Rechargeable Finger Pulse Oximeter – for neonatal kids – RM55
- Choicemmed Pulse oximeter MD300C2 – RM150
Anda boleh membeli Oximeter ini dengan menyemak harga di Shopee atau Lazada, atau boleh mendapatkannya di farmasi berdekatan.
Penting Sangat Ke Ukur Oksigen Di Dalam Badan?
Mengikut perkongsian di Twitter Sayidah Napisah:
Kt hosp Dr. check n terus masukkan ke emergency sbb dh critical. Oksigen dh 92%. Walhal si dia takde rasa pape pun. Scary kan? bahayanya happy hypoxia yg tak brp nk happy. Thats why penting oxymeter. Blh monitor paras oxygen. Sy baru tahu benda ni haritu. Sebarkan bg ramai alert – Sayidah Napisah
Maklumat yang sangat penting. Memang banyak jenis Oximeter yang dijual di pasaran online dan mahal tidak bermaksud ia adalah yang terbaik. Saya lebih prefer untuk beli di farmasi supaya dapat info yang lebih tepat.
Ariffin recently posted…BANTUAN DATA INTERNET UNTUK PDPR