siti sarah covid19

Siti Sarah Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Siti Sarah Raisuddin, isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos lalu. Penyanyi itu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 5.13 minit pagi 9 Ogos 2021 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.

Terdahulu, Siti Sarah dan Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Berita sedih ini dikongsikan sendiri oleh Shuib di Instagram Story beliau.

“Bidadari syurga saya pergi selamanya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah.”

Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011. Pasangan ini juga mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Salam Takziah buat keluarganya. Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin. Aamiin..

Leave a Reply