
Cara Mudah Bersih Mesin Basuh
Setelah sekian lama menggunakan mesin basuh untuk membasuh pakaian, ada yang menghadapi masalah baju-baju yang dicuci dicemari dengan kotoran lain. Contohnya, ada cebisan tisu atau ‘daki’ yang melekat pada pakaian yang baru sahaja dicuci. Kotoran ini datangnya dari bahagian mesin basuh yang terkumpul selepas sekian lain. Anda hanya perlu membersihkan bahagian mesin basuh yang dikotori bahan-bahan ini sahaja. Berikut kami kongsikan cara mudah bersih mesin basuh yang boleh dilupakan sendiri di rumah. Sekiranya mengupah orang lain, anda mungkin perlu membayar sehingga RM100 sekali cuci.
Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah menyediakan peralatan / tools untuk membuka bahagian-bahagian tertentu. Selain tools biasa, anda juga boleh dapatkan special tools khas untuk membuka drum mesin basuh untuk memudahkan lagi kerja anda.
Step 1# Buka panel
Anda boleh membuka panel di bahagian atas mesin basuh dengan menggunakan screwdriver biasa atau battery operated. Mudah sahaja. Untuk penerangan denga lebih details, bolehlah menonton video tutorial oleh Bang Mad yang kami kongsikan di bawah artikel ini.
Oh ye, kami menggunakan contoh mesin basuh jenis seperti gambar di bawah ini dengan jenama Sharp.

Step 2: Angkat Panel Secara Menegak

Step 3: Buka Penutup Drum

Step 4: Buka Skru Di Bahagian Tengah Drum
Sebelum membuka skru di bahagian tengah drum, anda perlu ‘remove’ penutup (cover) nya terlebih dahulu dengan menggunakan screwdriver mata Philip (+).
Step 5: Keluarkan bahagian Pulsator

Step 6: Buka Nut Di Bahagian Tengah
Untuk membuka nut di bahagian tengah, anda memerlukan special tools yang boleh dibeli di Shoppee. Harga lebih kurang RM50 sahaja.


Step 7: Angkat & Keluarkan Drum Bahagian Dalam
Untuk mengeluarkan drum dari bahagian dalam mesin basuh agak susah. Anda mungkin memerlukan jaw puller, adjustable spannar & tali dengan cara tertentu. Boleh tonton video di bawah ini untuk cara yang betul.
Step 8: Mula Kerja-kerja Membersih.
Dah setel 7 langkah di atas, anda bolehlah memulakan kerja-kerja pembersihan.
Selamat mencuba!
