
Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah. Sah Ke Tak Solat Tanpa Khutbah?
Sambutan Aidilfitri pada tahun ini pasti berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat masih berkuatkuasa, umat Islam akan menyambut hari kemenangan selepas sebulan berpuasa secara bersederhana.
Tiada aktiviti ziarah-menziarah. Tiada solat sunat Aidilfitri berjemaah di masjid-masjid. Namun, umat Islam masih boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah bersama keluarga masing-masing atau berseorangan.


Lafaz Niat Solat Sunat Aidilfitri
a. Lafaz Niat Seorang Diri

b. Lafaz Niat Solat Sunati Aidilfitri Secara Berjemaah

Rakaat Pertama
Seterusnya;
- Takbiratul ihram
- Membaca doa iftitah
- Menangkat tangan seperti takbiratul ihram dan bertakbir sebanyak 7 kali diselang-seli dengan bacaan tasbih sebanyak 6 kali seperti berikut:

Seterusnya, membaca Al-Fatihan dan dikuti dengan pilihan surah Al-Quran.
Rakaat Kedua
Selepas bangkit pada rakaan pertama, mulakan lafaz takbir intiqalat iaitu takbir permulaan rakaat kedua.
Seterusnya, seperti rakaat pertama, menangkat takbir 5 kali diselang-seli dengan bertasbih sebanyak 4 kali.
Membaca surah Al-Fatihah dan juga diikuti pilihan surah Al-Quran.
Teruskan solat sehingga selesai.
Berdoa.
Jika solat sunat Aidilfitri dilakukan secara berjemaah, digalakkan untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib.
Sah Ke Tak Solat Sunat Aidilfitri Tanpa Mendengar Khutbah?
Secara asasnya, hukum solat sunat Aidilfitri adalah sunat muakad yang mana ianya sangat digalakkan.
Bagi mereka yang berjemaah di rumah, imam sebagai khatib bolehlah membaca khutbah Aidilfitri selepas solat sunat. Bagi yang solat berseorangan, tidak dituntut membaca khutbah.
Teks khutbah Aidilfitri boleh dimuat turun di e-masjid.jais.gov.my.