![cegah penularan Covid19](https://i0.wp.com/limaminit.com/wp-content/uploads/2021/05/girl-with-facemask.jpg?resize=864%2C486&ssl=1)
Kes Positif Covid Dah Cecah 6800. Sebab Virus Makin Teruk Tersebar.
Hari ini, penularan secara aktif virus Covid-19 sudah pun berlaku di dalam komuniti awam masyarakat di Malaysia. Kenapa angka-angka kes positif setiap hari makin meningkat sedangkan sebelum ini kena hampir berjaya mengekang penularan dan pernah diiktiraf sebagai negara yang berjaya mengekang penularan virus pandemik ini?
Back to basic.
![](https://i0.wp.com/limaminit.com/wp-content/uploads/2021/05/kes-positif-covid.jpg?resize=774%2C774&ssl=1)
Bagaimana Virus Covid-19 Ini Boleh Menular?
Cara penularan novel coronavirus COVID-19 daripada individu kepada melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang dengan COVID-19 batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya. Orang lain kemudian mendapat jangkitan COVID-19 dengan menyentuh objek atau permukaan ini, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Seseorang itu juga boleh dijangkiti COVID-19 jika mereka berada dekat dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin dan melepaskan titisan.
Sedar atau tidak, pada awal-awal penularan (Mac 2020-Jun 2020), kita mengambil langkah pencegahan dengan sangat serius.
Semua premis perniagaan tutup, masjid dan tempat ibadah agama lain ditutup, sentiasa menjaga jarak sosial 1 meter, sentiasa memakai facemask yang bersih, sentiasa mencuci tangan, sentiasa sanitize tangan menggunakan pencuci, tidak keluar rumah jika tiada keperluan, tidak bersalaman dengan orang luar, tidak merentas negeri, pihak berwajib sentiasa melakukan kerja-kerja nyahkuman di tempat awam dan sebagainya.
Kesemua langkah di atas diamalkan dengan baik dan penuh kesabaran. Kesannya, kita berjaya mencapai kes positif sifar!
Sila bandingkan dengan situasi hari ini (Mei 2021).
Baca Juga: Ketibaan Vaksin Beri Harapan Kepada Rakyat Malaysia
Siapa tidak bersetuju jika kami katakan masyarakat kita pada hari ini mula mengambil ringan langkah-langkah awal pencegahan penularan Covid-19?
Cuba perhatikan di sekeliling anda.
- Adakah semua yang memasuki premis perniagaan mengimbas suhu badan, mengimbas QR kod MySejahtera dan menggunakan cecair nyahkuman dengan cara betul?
- Di tempat kerja, adakah setiap pekerja memakai facemask dan memastikan penjarakan sosial 1 meter pada setiap masa? Adakah pekerja ini mengamalkan budaya Norma Baru seperti sentiasa basuh tangan, bersin dengan cara betul, tidak bersalaman dengan kawan-kawan lain. Adakah tempat-tempat yang sentiasa di pegang di pejabat seperti handrail, pemegang pintu dll sentiasa dibersihkan menggunakan cecair nyahkuman?
- Di masjid, adakah jemaah sentiasa memakai facemask dengan cara betul? Atau mulut ditutup, tetapi lubang hidung dibiarkan terdedah?
- Adakah tiada anak-anak yang curi balik kampung atau ke rumah ibu bapa tanpa mengamalkan langkah perncegahan penularan Covid-19 seperti tidak bersalaman atau bersentuhan.
- Pernah beli nasi lemak di warung tepi jalan? Cuba perhatikan pekerja yang membungkus nasi lemak itu. Adakah dia memakai facemask dengan betul? Adakah tangan yang membungkus nasi lemak pesanan anda itu dibersihkan dengan baik? Anda pasti dia bukanlah seorang pesakit positif Covid-19?
- Anda ke shopping mall yang sesak. Pernah memantau pengunjung lain yang sentiasa mematuhi SOP dengan kemas? Sentiasa memakai facemask dengan betul, sentiasa sanitize tangan dan sentiasa menjaga penjarakan. Sangat sukar untuk memastikan masyarakat mengambil langkah pencegahan dengan sempurna. Anda pasti tidak akan berlaku penularan Covid-19 di shopping mall tersebut?
- Isu rentas negeri. Adakah kita pasti setiap kenderaan yang merentasi negeri dipandu oleh pemandu yang perlu bekerja di luar kawasan? Atau sekadar memohon kelulusan daripada pihak berwajib untuk bertemu dengan orang yang tersayang di luar kawasan. Adakah niat ini menghalang virus Covid-19 untuk menempel dan menemani pemandu tersebut ke tempat lain?
![](https://i0.wp.com/limaminit.com/wp-content/uploads/2021/05/final-avoid-the-3-cs-poster.jpg?resize=479%2C678&ssl=1)
Percayalah..sekiranya langkah asas pencegahan penularan Covid-19 ini pun kita semua ambil mudah, kes-kes positif Covid-19 di negara kita akan terus meningkat. Tiada cara lain.
Amalkan langkah pencegahan dengan mematuhi semua SOP dan dapatkan suntikan vaksin dengan segera.
Itu sahaja cara terbaik untuk turunkan angka bilangan kes positif di Malaysia.
sekarang dah lebih 9k tuan..