Datuk Seri Tajudian Pengerusi Prasarana

Bantuan Khas RM1000 Kepada Semua Mangsa Kemalangan LRT

Dalam sidang khas media susulan tragedi kemalangan LRT, Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan sebanyak RM1,000 bantuan khas akan diberikan kepada 213 mangsa yang terlibat. Bantuan itu akan diberikan kepada semua individu yang terlibat tanpa mengira tahap kecederaan yang dialami.

Sebelum itu, beliau turut melawat lokasi nahas di stesen KLCC pagi ini.

Semalam, sekitar jam 8.45 malam, dua gerabak LRT bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC. Kemalangan di luar jangka ini melibatkan satu tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Seramai 213 orang penumpang dilaporkan berada di dalam gerabak tersebut.

Baca Juga: Miskin atau Kaya Tetap Denda RM1000

Daripada jumlah itu, 64 orang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur di mana enam orang di tahap kritikal termasuk tiga orang memerlukan bantuan ventilasi, tahap separa kritikal (15 orang) dan tahap tidak kritikal (43).

Bantuan Kepada Mangsa Kemalangan LRT

  1. RM1000 kepada semua mangsa.
  2. Bantuan khas kepada mangsa yang dimasukkan ke hospital termasuk menanggung kos perubatan, rawatan susulan dan sebagainya, sejak mula masuk hingga pulih semula. (amaun bergantung kepada kes)
  3. Bantuan kepada mangsa yang hilang pendapatan disebabkan oleh kemalangan itu

Pihak Prasaran telah melancarkan saluran khas di talian 014 7371 330 dan emel recovery2021@prasarana.com.my . Penumpang yang terlibat dalam kemalangan berkenaan boleh menghubungi pihak Prasaran secepat mungkin agar urusan bantuan khas ini boleh disegerakan.

Ekoran kemalangan ini, pihak Prasarana akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan menyiasat insiden berkenaan di bawah Seksyen 201 Akta Pengangkutan Darat 2010.

Prasarana turut mengesahkan bahawa perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya masih beroperasi seperti biasa bermula jam 6.00 pagi Selasa menggunakan satu landasan serta disokong perkhidmatan bas perantara percuma pada waktu puncak.

Semoga semua mangsa yang terlibat dapat pulih dalam tempoh yang singkat. Kami turut berharap agak pihak Prasarana dapat terus meningkatkan mutu perkhidmatan bagi menjamin keselamatan pihak penumpang berada di tahap terbaik.


One Reply to “Bantuan Khas RM1000 Kepada Semua Mangsa Kemalangan LRT”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge