cara check emas tulen

Cara Test Emas Palsu Atau Tulen.

Hari ini, membeli dan mengumpul emas menjadi ‘trend’ yang memberi keuntungan di masa depan. Setiap kali berlaku kejatuhan harga emas, kedai-kedai emas di seluruh Malaysia akan dipenuhi peminat emas. Ada yang membeli untuk dipakai, ada yang membeli untuk pelaburan jangka masa panjang. Dealer emas pula buat duit atas trend terkini ini.

Namun, dalam keghairahan membeli emas, pembeli perlu berhati-hati dengan ketulenan emas. Risau tersalah beli emas palsu. Pasti berputih mata kerana harga emas bukanlah murah.

Di bawah ini kami kongsikan cara untuk test atau tahu emas tulen atau palsu

1# Test Guna Magnet

Pernah tak dapat pesanan, nak ke kedai emas, bawa magnet bersama. Cara ini ada logiknya. Barangan kemas yang didekatkan dengan magnet, pasti akan melekat pada magnet. Jika melekat, emas tu pasti dicampur dengan logam lain untuk menjadi berat seperti besi. Tapi bagaimana pula emas yang dicampur dengan bahan logam lain yang bersifat tidak bermagnetik. Fikir-fikirkan.

2# Test Guna Iodin

Ya, iodin boleh digunakan untuk tentukan emas tulen atau palsu. Emas yang disapukan atau dititikkan dengan cairan kimia Iodin tidak akan terkesan. Sebaliknya, jika emas tersebut meninggalkan kesan, ia bukanlah emas tulen

3# Lihat Dengan Mata Kasar / Visual

Biasanya, pengeluar emas / barangan kemas akan cop bacaan fineness (1-999 atau 0.1 – 0.999) dalam bacaan karat 14k, 18k, 22k atau 24k di body emas itu sama ada di bar atau barangan kemas.

Tulisan ini biasanya dalam saiz yang kecil, di tempat-tempat terselindung. Carilah.

4# Kesan Gigi Bila Digigit

Ini adalah kaedah konvensional yang tidak pasti keberkesannya. Emas tulen adalah lebih lembut berbanding emas yang dicampur atau disadur pada logam lain. Anda boleh menguji ketulenan dengan menggigit emas tersebut dan melihat kesan gigitan di emas itu.

Jika ada kesan gigitan, pastilah emas itu tulen. Namun, sanggupkah anda melakukan perkara ini sebelum membeli emas di kedai emas yang dipenuhi orang ramai?

5# Gores Emas Pada Seramik

Ini adalah satu ujian plat seramik. Emas digesekan pada permukaan seramik. Sekiranya ada kesan goresan hitam yang jelas, itu bermakna emas tersebut adalah palsu. Sebaliknya jika tiada kesan, itu adalah emas tulen.

6# Timbang Berat Emas

Perasan tak, ada ukiran berat pada ‘gold bar’. Ujian mudah. Ambil emas itu dan timbang. Catit beratnya dan bandingkan sama atau tidak dengan berat yang diukir di atas emas tersebut. Logam lain sukar untuk dapat berat yang sama seperti emas dalam ukuran yang sama sebab emas adalah logam paling padu.

Semoga dengan perkongsian Cara Uji Emas Tulen Ke Palsu ini, dapat membantu anda untuk elak daripada ditipu semasa membeli emas.

2 Replies to “Cara Test Emas Palsu Atau Tulen.”

Leave a Reply to Lima Minit Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge