TINT

Ciri-ciri Pilih Tinted Kereta Yang Terbaik

Penggunaan cermin gelap atau tinted kereta bukan lagi dilihat sebagai aksesori tambahan untuk menaikkan nilai estetika sesebuah kereta semata-mata.

Dengan suhu purata Malaysia sekitar 28˚C hingga 37˚C hampir sepanjang tahun, ia sedikit sebanyak mendorong pengguna kereta untuk memasang cermin gelap untuk keselesaan dan keselamatan sepanjang pemanduan.

Secara amnya, terdapat pelbagai jenis tinted kereta yang dijual dipasaran hari ini dengan julat harga yang berbeza mengikut pilihan dan keperluan anda.

Tinted Kereta: Apa itu VLT Tinted, IR Tinted dan UV Tinted?

Bagi anda yang mungkin tidak biasa dengan perkara-perkara berkaitan tinted kereta ini, istilah-istilah seperti VLT, IR dan UV mungkin kedengaran janggal bagi anda. Oleh sebab itu, CARSOME menyenaraikan perkara-perkara berikut sebagai rujukan dan panduan anda:

1. Peratusan Ketelusan Cahaya atau Visible Light Transmission (VLT)

Peratusan Ketelusan Cahaya atau Visible Light Transmission (VLT) merujuk pada kadar peratusan cahaya yang dapat menembusi cermin kereta anda. Jika anda menggunakan tinted kereta dengan peratusan ketelusan cahaya sebanyak lima peratus, warna tinted kereta anda akan menjadi lebih gelap berbanding penggunaan tinted cermin kereta dengan tahap ketelusan cahaya sebanyak 80 peratus. Peratus tinted kereta ini menunjukkan amaun cahaya yang dibenarkan untuk melaluinya. Semakin rendah peratus tinted kereta (nilai VLT tinted), semakin gelap tingkap cermin kereta anda kerana semakin sedikit amaun cahaya yang dapat menembusinya.

2. Sinaran Inframerah atau Infrared (IR)

Sinaran inframerah atau Infrared (IR tinted) pula merujuk pada jumlah haba yang dapat menembusi cermin kereta anda. Secara amnya, tahap kepanasan atau haba di bahagian dalaman kereta apabila dibiarkan di bawah terik matahari bergantung sepenuhnya pada nilai IR tinted yang digunakan. Semakin tinggi nilai IR tinted, semakin kurang tahap kepanasan di bahagian dalam ruang kabin kenderaan. Namun begitu, nilai IR tinted yang tinggi biasanya akan mempengaruhi harga tinted kereta anda.

3. Sinaran Ultraungu atau Ultraviolet (UV)

Sinaran ultraungu atau ultraviolet (UV) merujuk pada bahagian spektrum gelombang elektromagnet yang dipancarkan oleh matahari. Sinar UV yang berlebihan boleh memberi kesan negatif terutamanya pada bahagian kulit atau mata anda.

Sama seperti kandungan nilai SPF pada produk kecantikan wanita, nilai UV tinted kereta menunjukkan peratusan UV yang boleh menembusi cermin kereta anda.  

Semakin tinggi peratusan UV tinted dicatatkan, semakin tinggi kualiti tinted kereta anda. Kebanyakan pengusaha pusat aksesori dan pusat tinted kereta menawarkan kadar peratus tinted (nilai UV tinted) sebanyak 99 peratus.

Cara Pilih Tinted Kereta Terbaik dan Berkualiti

Faktor harga tinted bukanlah perkara pertama yang perlu diberi perhatian semasa memilih cermin gelap yang baik atau berkualiti. Pemilihan tinted kereta merupakan perkara yang subjektif kerana setiap individu mempunyai pilihan, bajet dan keperluan yang berbeza. Namun biasanya, cermin gelap yang dijual pada harga yang murah di pasaran biasanya berisiko untuk menggelembung dan pudar dengan lebih cepat. 

Berbeza dengan cermin yang dijual pada harga lebih premium di pasaran, ia biasanya menawarkan kualiti, jangka hayat, perlindungan dan jaminan keselamatan yang lebih baik.

Anda masih boleh mempertimbangkan perkara berikut sebelum pilih tinted kereta yang terbaik untuk anda:

  • IR tinted  Semakin tinggi kadar peratus IR, semakin kurang haba dalam kenderaan. Ia sekali gus menyebabkan suhu dalam kabin kenderaan semakin sejuk dan jimat penggunaan bahan api. Sekiranya anda mencari tinted kereta yang boleh menyejukkan suhu dalam kabin kenderaan dengan lebih baik, pilih tinted kereta dengan kadar peratus IR yang tinggi berbanding kadar VLT. Namun begitu, tinted kereta dengan IR yang tinggi biasanya dijual pada harga yang lebih mahal.
  • UV tinted  Semakin tinggi kadar peratus UV, semakin sedikit kadar tembusan sinaran UV dalam kenderaan. Ia secara tidak langsung mengurangkan risiko pada kesihatan kulit (kanser kulit, penuaan) dan merendahkan suhu dalam kenderaan. Kebanyakan produk tinted cermin premium biasanya menawarkan perlindungan UV sehingga 99 peratus.
  • VLT tinted  Semakin rendah kadar peratus VLT, semakin kurang sinaran cahaya matahari menembusi cermin kenderaan. Ini bermaksud, cermin kereta menjadi semakin gelap dan pemanduan menjadi lebih selesa kerana kurang silau. Namun begitu, anda disarankan untuk mempertimbangkan spec tinted JPJ 2021 dan tidak melebihi peratus tinted kereta yang dibenarkan untuk mengelakkan anda daripada disaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge