Tahun Baru Maal Hijrah

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

Hari ini, adalah hari terakhir sebelum kita melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1445H.

Semoga tahun baru kali ini memberi 1000 sinar terutama dalam penghapusan Virus Covid-19 yang sedang menguji dunia.

Seperti lazimnya, sama seperti tahun masihi atau hijriah, tahun baru disambut dengan doa yang baik-baik dan azam yang penuh semangat. Jadi, pasti ada doa yang boleh diamalkan oleh umat Islam iaitu doa akhir tahun dan doa awal tahun untuk memohon keredhaan dan ditunjukkan jalan yang benar oleh Allah SWT setiap masa.

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun – Dibaca Selepas Asar

Bacalah doa ini sebanyak tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib pada akhir bulan Zulhijah.

Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah Swt.

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun – Dibaca Selepas Magrib

Bacalah doa ini tiga kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam.

Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.

Amalan-amalan Sunat pada Akhir Tahun & Awal Muharram;

1.  Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.”  (Sahih Muslim)

Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

3.  Membaca Doa Akhir Tahun Sebelum Masuk Waktu Maghrib.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”

4.  Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

5.  Qiamullail:

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

2.  Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam

a)     Bersolat sunat – Solat TahajjudSolat HajatSolat Sunat Taubat.

b)     Membaca Al-Quran.

c)     Berzikir.

6.  Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah gabungan‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali.

Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.

Selamat beramal dan kumemohon keberkatan dariMu Ya Alla, Ya Rabbi.

Salam Maal Hijrah dengan ucapan;

“Dah setel belum audit amal untuk setahun sebelum ni??”

Salam Maal Hijrah buat semua pembaca Lima Minit.

(Catatan asal: https://shafiqolbu.wordpress.com)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge