Bila Bank Statement Maybank Keluar ?

Ramai yang bertanya bila Bank Statement Maybank keluar ? Adakah statement ini dikemaskini setiap bulan?

Penting untuk anda ketahui bahawa penyata transaksi (bank statement) setiap bulan akan dikeluarkan dalam Maybank2u pada Minggu Ke-2 secara berperingkat.

Jadi, sekiranya anda perlu mendapatkan penyata transaksi bulan April – Jun pada minggu pertama bulan Julai untuk mendapatkan pinjaman kereta, pihak Maybank mencadangkan anda untuk menyemak/cetak dari Transaction History Maybank2u anda.

Maksud berperingkat adalah penyata akaun simpanan akan dikeluarkan batch by batch. Ini bermaksud, anda boleh memantau Maybank2U anda pada minggu kedua bagi mendapatkan penyata tersebut.

Kenapa Perlukan Bank Statement Ini?

Penyata bank (bank statement) digunakan sebagai dokumen sokongan bagi membuktikan aliran kewangan.

Dokumen ini penting dalam pelbagai urusan rasmi seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (bagi yang bekerja sendiri) dan macam-macam lagi termasuklah untuk memohon bantuan kerajaan.

Anda boleh membaca artikel kami sebelum ini [ Cara Dapat Bank Statement Maybank Untuk Permohonan Pinjaman ] untuk mengetahui cara lebih lanjut.

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai statement bank Maybank.

1. Saya tak boleh buat print statement untuk 3 bulan hanya bulan 6 sahaja yang boleh, untuk bulan 7 dan 9 tak boleh, kenapa ye?

Perlu Anda ketahui bahawa 3 bulan sekali kuo statement untuk akaun personal. So bulan 9 baru kuo statement untuk bulan 7,8 dan 9.

2. Statement bank untuk bulan 7, 8, 9 berapa hari bulan keluar di Maybank2u saya check belum update lagi last bulan 6?

Adakah Anda merujuk kepada penyata akaun simpanan? Untuk makluman, penyata bagi akaun simpanan hanya akan dikeluarkan secara suku tahunan seperti contoh berikut: Jan-Mac, Apr-Jun, Jul-Sep dan Okt-Dis.

Harap maklum, untuk penyata akaun simpanan bagi bulan Julai-September 2023, ia akan dikeluarkan pada minggu kedua bulan Oktober 2023, iaitu selepas 8 hari bulan secara berperingkat. Semakan berkenaan boleh dilakukan di Maybank2u, sebaik penyata tersebut telah tersedia.

3. Macam mana cara nak cek statement di m2u kemudian print melaui HP ya?

Sekiranya jenis akaun Anda adalah akaun semasa, sila ikuti langkah berikut.

Untuk akaun semasa, penyata akan dikeluarkan setiap bulan. Anda boleh mendapatkan penyata tersebut dengan mengikuti langkah berikut :

  1. Log masuk akaun Maybank2u Anda
  2. Pilih Accounts
  3. Pilih My Accounts
  4. Pilih More Options Menu (three dots)
  5. Pilih View Statement
  6. Pilih Statement Date (Top Right)

4. Kalau belum register maybank2u tapi nak tengok statement bank yang tahun lalu boleh ke ye?

Pihak Maybank menasihatkan Anda untuk mendaftarkan Maybank2u online sehingga Anda boleh memuat turun sehingga satu tahun terakhir penyata akaun.

Umumnya, permohonan penyata akaun boleh juga dilakukan di kaunter cawangan Maybank. Caj yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Penyata akaun dalam tempoh 1 tahun dari tarikh penyata terkini : RM10.00* setiap permohonan + RM1.00* setiap muka surat.
  • Penyata akaun melebihi tempoh 1 tahun dari tarikh penyata terkini : RM20.00* setiap permohonan + RM1.00* setiap muka surat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge