pasca PKP

Dapat Notis Dibuang Kerja Semasa PKP. Apa Yang Perlu Dilakukan?

Dalam sesi temubual istimewa TV3 bersama Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Dato Seri Zafrul Aziz, beliau mengatakan kemelesetan ekonomi hari ini lebih teruk berbanding krisis ekonomi sebelum ini. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid19 merupakan salah satu punca utama.

Lagi memburukkan keadaan, kejatuhan harga minyak dunia ke paras terendah dalam sejarah dunia. Impak yang ditakuti akibat krisis ekonomi oleh kebanyakan pekerja adalah dibuang kerja.

Pasti di saat ini, persoalan “Adakah aku masih ada kerja atau diberhentikan?” sentiasa bermain di fikiran pekerja-pekerja di Malaysia.

Mungkin ada yang tidak menyedari, selepas sebulan PKP dilaksana, sudah ada syarikat yang terpaksa tutup operasi, ada yang terpaksa memberhentikan pekerja dan ada yang sudah memotong gaji pekerja.

Apa Nak Buat Sebaik Sahaja Menerima Notis Pemberhentian Kerja?

#1 T.E.N.A.N.G

Ingat, ini bukanlah satu pengakhiran. Tidak dapat dinafikan, pasti akan ada rasa kecewa dan sedih. Tidak salah untuk ada perasaan sebegitu. Kalau perlu menangis, menangislah.

Tetapi, jangan menangis terlalu lama. Bangkit. Cari kekuatan. Cari keluarga atau insan yang boleh berkongsi rasa ini. Berdoa, berusaha dan terus berdoa agar dipermudahkan urusan tanpa jemu.

#2 Kemaskini Resume. Intai Peluang Kerja.

Kemaskini ‘resume’ anda mengikut pengalaman kerja dan kelayakan terkini yang anda miliki. Tanya mereka yang pakar untuk sediakan resume yang terbaik.

Semak laman web yang menyediakan peluang pekerjaan. Email sahaja untuk setiap kekosongan kerja walaupun pada masa sekarang ini, kami pasti tidak banyak jawatan kosong ditawarkan di setiap organisasi.

Jangan terlalu memilih. Tak salah mencuba.

Mungkin ada majikan yang berminat dan memanggil anda untuk ditemuduga. Mungkin juga majikan sedang bersedia untuk membina kembali perniagaan mereka dengan pengambilan pekerja baru. Idea baru, lebih segar. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

#3 Employment Insurance System.

Semak slip gaji anda. Ada tak potongan untuk EIS? Jika anda adalah pencarum EIS, anda layak untuk memohon bantuan dengan PERKESO atas sebab diberhentikan kerja. Bantuan daripada pihak PERKESO ada 2 bentuk; Kewangan & Bantuan Carian Kerja. Boleh semak jenis bantuan dan cara memohon bantuan Faedah EIS di website PERKESO.

#4 Susun Kembali Bajet Perbelanjaan

Semak perbelanjaan bulanan. Rangka kembali mana yang perlu, mana yang tidak perlu. Keperluan vs Kehendak. Tetapkan jumlah perbelanjaan yang paling minima.

Contohnya, potong bil ASTRO kerana sudah ada Unifi. Kurangkan jumlah bil telefon, asalkan ada sambungan internet untuk dibuat carian mencari pekerja sudah memadai. Kurangkan penggunaan aircond, untuk jimatkan bil TNB. Pembelian barangan mewah melebihi kemampuan sekarang perlu dielakkan.

Jangan ego. Berbincanglah dengan pasangan anda untuk merancang perbelanjaan bulanan ini.

#5 Guna Wang Pampasan Dengan Bijak, Jika Ada.

Diberhentikan kerja atas sebab bukan kesalahan pekerja, biasanya syarikat akan memberi pampasan mengikut kriteria tertentu. Jumlah pampasan tidak sama untuk setiap pekerja yang layak. Ambil duit itu dan simpan sebagai dana kecemasan.

Jangan senang terpengaruh dengan ajakan rakan untuk laburkan duit itu dalam skim cepat kaya atau perniagaan MLM. Tiada skim atau perniagaan yang memberi pulangan lumayan dalam masa singkat tanpa sebarang risiko.

Berbincanglah dengan mereka yang pakar, cari cara untuk gandakan duit tersebut dengan jalan yang betul dan selamat. Walaupun tidak cepat untung, asalkan duit itu tidak lebur begitu sahaja.

#6 Buat Kerja Part Time

Sementara mendapat pekerjaan baru, boleh cuba buat kerja-kerja sambilan/part time. Yang mendatangkan hasil, walaupun sedikit. Asalkan tidak goyang kaki. Kami juga cadangkan untuk anda menceburi diri dalam bidang jualan (commission based) seperti unit trust atau insurans takaful. Anda boleh mendapatkan maklumat di ALC untuk mulakan usaha ini dengan kos rendah. Training turut disediakan. Peluang kerjaya sebagai konsultan takaful di ALC.

Umum mengetahui, normal baru yang ketara selepas penularan wabak Covid19 adalah pembelian secara online menjadi trend dan pilihan pengguna.

Anda boleh cuba menjual di platform online seperti Shopee. Menjual di website marketplace sebegini tidak memerlukan anda memiliki produk sendiri. Ianya seperti sebuah pasaraya. Ada kepelbagaian produk dengan bermacam jenama. Tetapi dijual secara online!

Sistem jual beli di Shopee sangat mudah. Tiada istilah penjual perlu melayan pelbagai ragam setiap pelanggan, atau pun pembeli perlu menunggu Whatsapp dijawab untuk mengetahui harga dan cara membeli.

Sebagai penjual, anda tidak lagi perlu menunggu pesanan masuk setiap masa di telefon. Sistem menjual di Shopee berjalan secara otomatik.

Siapa Tak Kenal Shopee?

Lagi best, siapa yang tak kenal Shopee pada hari ini? Beribu-ribu pembeli sudah ada pengalaman membeli di Shopee.

Begitu juga hasil yang diperolehi penjual. Ada yang sudah menjana pendapatan sehingga 4 angka seminggu, tanpa keluar rumah. Jadi, pelaksanaan PKP tidak langsung menjejaskan perniagaan beliau.

Memang tidak dapat dinafikan, banyak kelebihan berniaga di Shopee ini. Tetapi sebelum bermula, anda perlu ada ilmu berniaga di Shopee.

Sekurang-kurangnya anda perlu tahu cara mendaftar perniagaan anda di Shopee atau tips-tips untuk mempromosi produk jualan di marketplace terbesar di Malaysia ini.

Buat Duit Dengan Shopee

Paling penting, anda kena ada ilmu untuk menarik pelanggan ke ‘kedai Shopee’ anda.

Sebenarnya, semua cara dan teknik berniaga di Shopee sudah dikumpulkan dalam satu ebook yang boleh dimiliki di banner di bawah ini.

Percayalah, rezeki sentiasa ada untuk mereka yang berusaha tanpa jemu. Mungkin anda berpendapat, rezeki anda hanya dengan makan gaji sahaja. Diberhentikan kerja ibarat terputus rezeki anda.

Pendapat itu salah.

Mungkin rezeki anda berganda melalui jualan secara online di Shopee seperti yang kami kongsikan di atas ini?

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul

Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kami hanya boleh berkongsi idea ini untuk mengurangkan bebanan mereka yang tidak bernasib baik dibuang kerja.

Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memulakan kehidupan yang baru dan lebih berjaya kelak.

Kami doakan kita sama-sama berjaya melalui kemelut ini dengan jayanya. Ingat, Allah SWT takkan uji makhluknya jika cabaran tersebut terlalu mencabar untuk dirinya. Anda adalah insan yang terpilih!

10 Replies to “Dapat Notis Dibuang Kerja Semasa PKP. Apa Yang Perlu Dilakukan?”

  1. kesian yg kena diberhentikan keje semasa tempoh pkp ni…moga2 dgn bantuan yg kerajaan bg dpt sedikit membantu sebelum mendapat keje baru

  2. Dugaan sungguh kalau diberhentikan kerja. Semoga diberi jalan untuk mencari rezeki halal guna cara lain…tak semestinya kena bekerja makan gaji.

  3. Berita diluar jangkaan bukan senang dapat terima bagi segelintir pihak. Harap bersabar dan tabah. Semoga ada kemudahan untuk mencari rezeki

  4. Ramai kawan2 terkesan dengan pkpndan diberhentikan ada yang kena potong gaji. moga Allah bagi jalan terbaik untuk semua

  5. Tak dapat bayangkan kesedihan kawna kawan yang hilang pekerjaan sejak MCO ni. Bila baca status diorang sesih kena buang kerja serius memang tak kuat. Alhamdulillah perkongsian artikel menarik ni sekurang kurangnya membantu mereka apa yang patut mereka lakukan seteleh dibuang kerja.

  6. memang terasa sakitnya apabila dibuang kerja.. nak nak pulak kena time PKP ni.. ya allah tuhan aje tahu macam mana rasa kan… huhu.. yang penting banyakkan doa dan usaha utk tangani masalah ni ya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge