hafizh syahrin kemalangan

Hafizh Syahrin Stabil Selepas Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri.

“Hafizh Syahrin berada dalam keadaan baik tetapi mengalami lebam-lebam terutama di bahagian pinggang”-Gino Borsoi

Itu komen Pengurus pasukan Aspar selepas ditanya tentang keadaan pelumba GP2 negara, Hafiz Syahrin. Namun, beliau tetap berada dalam keadaan baik dan stabil.

Kemalangan dahsyat itu berlaku selepas pendahulu kelas Moto2, Enea Bastianini terjatuh dengan jenteranya berada dalam keadaan melintang di tengah laluan ketika perlumbaan Grand Prix (GP) Austria. Beberapa pelumpa lain sempat mengelak daripada melanggar jentera tersebut. Namun, Hafizh yang tidak menyedari kemalangan itu gagal mengelak dan melanggar motosikal pelumba Italtrans Racing Team berkenaan.

Jentera yang ditunggang Hafiz berkecai dan turut kelihatan jentera Enea Bastianini terpotong tiga akibat impak rempuhan.

Kemalangan itu turut membabitkan beberapa pelumba lain iaitu Andi Farid Izdihar (IDEMITSU Honda Team Asia) dan Edgar Pons (Federal Oil Gresini Moto2) sebelum saingan terpaksa dikibarkan bendera merah susulan insiden berkenaan.

Hafizh terbaring selepas kemalangan. Kredit gambar: AFP

Semoga Hafizh Syahrin cepat sembuh dan bangkit berjuang semula.

8 Fakta Menarik Tentang Hafizh Syahrin!

#1 Hafizh Syahrin merupakan anak Malaysia pertama yang berlumba dalam kelas utama MotoGP bersama pasukan Tech 3 di kejuaraan dunia Grand Prix

#2 Pada musim penuh pertama di MotoGP, Hafizh Syahrin mengutip 46 mata keseluruhan di tangga ke 16 daripada 28 pelumba. Hanya kurang 4 mata untuk mengatasi Franco Morbidelli untuk meraih gelaran Rookie of The Year 2018

#3 Nama gelaran beliau Pescao bermula kesukaran daripada krew di Sepanyol yang menyebut ‘Ha’ dan memanggil dengan nama Fizh sahaja. Sinonim ikan dengan air, begitulah juga Hafizh dengan hujan. Maka melekatlah nama Fish yang bermaksud ikan di dalam Bahasa Inggeris, seterusnya Pescao (dalam Bahasa Sepanyol).

#4 Nombor perlumbaan Hafizh iaitu 55 adalah bersempena dengan tarikh lahir Hafizh pada 5 Mei, malah mempunyai tagline sendiri iaitu BO55KU yang bermaksud kawanku.

#5 Turut digelar King of Pocket Bike seawal umur 10 tahun dengan usaha bersama bapanya mengelilingi satu Malaysia untuk menyertai pertandingan.

#6 Memulakan debut di Cub Prix Malaysia pada tahun 2007 pada usia 13 tahun. Pada tahun 2009, beliau memenangi perlumbaan kategori Novice (kini dikenali sebagai CP115) Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas.

#7 Seterusnya pada usia 16 tahun, Hafizh menjadi juara termuda kategori utama iaitu CP130.

#8 Hafizh sukakan sukan bola sepak. Jika bercuti di Malaysia, Hafizh pasti tidak melepaskan peluang untuk bermain bersama pasukan Atletico Pescao Rosar, yang mana terdiri daripada rakan-rakan pemain dari Liga Malaysia.

Sumber asal 8 fakta menarik tentang Hafizh Syahrin: redbull.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge