Harga Barang Naik Sehingga 200% Tahun Depan. Apa Rakyat Perlu Buat?
Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, hampir setiap hari rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan harga barang. Selepas kenaikan harga ayam dan telur, kini rakyat mula terbeban dengan harga sayur yang naik melebihi dua kali ganda, kenaikan harga roti Gardenia dan paling baharu harga alat ganti kenderaan naik sehingga 60 peratus.
Bangun pagi, buka portal berita online, rakyat pasti terkejut beruk membaca perkongsian terkini tentang kenaikan harga barang media-media tempatan. Contohnya; –Rakyat perlu sedia hadapi kenaikan harga barang 30-200% tahun depan .
Rakyat negara ini perlu bersedia berdepan dengan kenaikan harga barang yang dijangka antara 30 hingga 200 peratus menjelang 2022 ekoran fenomena global dan spekulasi peniaga.
Semua barangan keperluan asas dijangka menghadapi kenaikan, terutamanya makanan kerana sehingga kini negara masih bergantung kepada aktiviti import untuk menampung keperluan domestik.
Ditambah nilai ringgit yang menyusut pada kadar RM4.24 berbanding dolar Amerika.
Apa jawapan kerajaan bila diadu tentang kenaikan harga barang?
Kenaikan harga barang terutama ayam pada masa kini disebabkan pelbagai faktor termasuk pembukaan lebih banyak sektor ekonomi susulan peralihan fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak bulan lalu.
Exco Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr Chong Fat Full berkata, faktor berkenaan turut dikaitkan dengan peningkatan permintaan barangan tetapi bekalan barangan pula berkurangan.
Buat masa sekarang, langkah terbaik untuk elak daripada terkena harga barangan yang tinggi, pengguna dinasihatkan memuat turun aplikasi perbandingan harga bagi mengenal pasti lokasi barangan keperluan yang dijual pada harga lebih rendah supaya pilihan terbaik dapat dilakukan.
Jangan Beri Jawapan ‘Kenaikan Harga Barang Adalah Normal’
Rakyat berharap kementerian terlibat perlu segera turun padang memantau harga dengan agresif selain melaksanakan penguatkuasaan undang-undang tertentu bagi mengawal harga barang serta memperkasa pendidikan penggunaan kepada rakyat.
Jangan sesekali beri jawapan yang boleh tambah kerisauan dan derita rakyat seperti ‘kenaikan harga barang adalah normal’. Ketahuilah bahawa rakyat tak nak dengar alasan sebaliknya perlu satu penyelesaian pantas daripada kerajaan
Apa Rakyat Perlu Buat?
Berhenti berterusan menyalahkan satu pihak sahaja iaitu kerajaan. RAKYAT perlu terus berusana mengatasi masalah ini, demi kelangsungan hidup. Kita perlu terima hakikat, kerajaan hanya perlukan kita sebelum pilihanraya. Rakyat berhak memilih kerajaan yang mampu menolong rakyat dalam PRU seterusnya!
Kenaikkan harga barang ini bukan hanya akan berlaku di Malaysia, ia juga sedang berlaku diseluruh dunia. Kadar inflasi kita telah naik sehingga 4.4% dan dikira antara yang tertinggi.
Nilai ringgit yang susut sehingga RM4.24 bagi satu dolar juga menjadi punca kenaikkan harga ini. Kita masih banyak barang makanan import dari luar kawan-kawan.
Kita belanja RM55.4 bilion untuk import makanan sahaja setiap tahun. banyak woi!. Jika satu kos binaan hospital RM472 juta. bermakna kita boleh bina 117 buah hospital. Kita kena buat apa sekarang?
1# Hidup Secara Berjimat
Nasihat klasik ini tetap perlu diulang sepanjang zaman. Tambah pendapatan bagus macam manapun, kita tetap kena berjimat. Ini amalan semua jutawan dunia!
2# Belajar Seni Pelaburan
Cari pelaburan yang kita faham, suka dan boleh kuasai. Jika suka dengan saham, jadilah mahir dengan saham. Jika suka dengan emas, faham nilai dan bila boleh beli emas. Jika suka hartanah, jadilah seorang pelabur yang baik.
3# Sediakan Diri Pada Pilihan
Dalam situasi begini, sediakan pilihan buat diri sendiri seperti membuat lebih dari satu pendapatan, terutama fokus pada pendapatan pasif. Perlu juga ada perlindungan (insuran takaful) jika ada kemalangan dan sebagainya. Kos perubatan di Malaysia mampu melenyapkan semua simpanan jika tiada plan perlindungan diri. Sentiasa ada Exit Plan jika sesuatu berlaku pada kita.
Baca Juga: Cara Terbaik Cari Ejen Insuran Takaful
4# Memiliki Rumah
Memiliki rumah dan hartanah sendiri antara pilihan yang baik waktu begini. Kadar nilai hartanah biasanya akan naik secara perlahan setiap tahun bagi hartanah yang baik dan betul.
5# Mula Belajar Simpan Emas
Jika ada lebihan, kita sudah mula boleh belajar menyimpan emas dari sekarang. Nilai matawang kita sedang menyusut nilai sekarang. Mulakan dengan simpanan kecil kecil.
Kita sedang mengharungi kesan kesan pandemik yang lepas secara global. Hadapi dengan baik dan tenang, selepas pandemik penyakit. Kita sedang hadapi pandemik ekonomi pula sekarang.
Kredit: Tuan Azizul Azli Ahmad
Akhir Kata
Dalam situasi serba mencabar hari ini, langkah terbaik adalah kurangkan komplen dan terus ‘take action‘. Tiada siapa yang boleh menolong kita jika bukan diri kita sendiri.
Terima kasih atas nasihat dan tips ini. Hidup rakyat!
Geng Borak recently posted…Final Piala Malaysia KL City FC vs JDT, Ulang Tahun ke-100 Piala Malaysia