kumpulan jenis darah

Rh-null, Jenis Darah Paling Rare Di Dunia

Umum mengetahui, terdapat 8 jenis darah yang biasa ditemui. Iaitu gabungan daripada jenis A,B dan O. Sama ada darah jenis A+, A-, B+, B-, AB+, AB- atau O.

Tahukah anda, terdapat satu lagi kumpulan darah yang paling sukar ditemui di dunia?

Rh-null merupakan jenis darah yang paling sukar ditemui di dunia, turut dikenali sebagai The Golden Blood. Ya, jenis darah emas ini sangat istimewa.

Rh-null telah ditemui pada tahun 1961 pada seorang wanita suku kaum asal Australia, diketahui hasil keciciran jenis antigen biasa, Rh. Sebelum penemuan darah ini pada wanita tersebut, penyelidik telah membuat kesimpulan yang amat mustahil untuk mana-mana janin yang mempunyai darah jenis Rh-null membesar dengan sihat disebabkan ketiadaan fungsi penting dalam badan.

Walau bagaimana pun, setakat ini hanya ada 43 orang sahaja di seluruh muka bumi mempunyai kumpulan darah tersebut.

Di Malaysia? Hanya beliau seorang setakat ini.

Baca Juga: Cara Mudah Periksa Denyutan Jantung

Darah yang didermakan akan dihantar ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur untuk disejuk bekukan dan seterusnya akan disimpan dalam peti nitrogen -80 darjah celsius selama 10 tahun.

Jika ada pesakit yang memerlukan darah jenis ini, maka darah ini akan dicairkan untuk digunakan.You are the special one, sis!

P/s: Siapa yang pernah tengok cerita Grey’s Anatomy, Season 15 mesti tahu kumpulan darah Rhnull

Sumber: Derma Darah Terengganu Kite

Apa Beza Pemilik Darah Jenis Rh-null Dengan Kita?

Darah pemilik jenis Rh-null memberi risiko yang besar kepada pemiliknya, namun mempunyai kemampuan untuk menyelamatkan jutaan manusia lain.

Keunikan darah jenis Rh-null ini adalah dapat diterima oleh sesiapa sahaja kerana darah ini bersifat paling universal antara semua jenis darah.

Setiap penerima darah perlu menerima darah yang tidak mengandungi antigen berlawanan dengan darah asalnya.

Proses memadankan darah penderma dengan pesakit perlu dilakukan dengan berhati-hati, dikhuatiri berlaku proses penolakan darah selepas proses pemindahan darah dilakukan.

Uniknya, darah Rh-null tidak berisiko sebegitu kerana bersifat neutral, tidak mempunyai sebarang antigen yang dapat meningkat risiko penolakan pada penerimanya.

Sumber: The Man With The Golden Blood

One Reply to “Rh-null, Jenis Darah Paling Rare Di Dunia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge