kadar zakat fitrah

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2022 / 1433H

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu, tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada zakat harta, seperti nisab, haul dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Umar yang bermaksud:

Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin (HR Bukhari)

Kadar Zakat Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  1. Waktu Wajib
    Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  2. Waktu Afdal
    Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu Sunat
    Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh
    Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  5. Waktu Haram
    Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Berikut ialah kadar bayaran harga zakat fitrah bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2022 (1443). Kadar ini telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Disertakan juga pautan untuk membuat bayaran zakat secara online:

PERLIS

KEDAH

PULAU PINANG

PERAK

SELANGOR

NEGERI SEMBILAN

MELAKA

JOHOR

PAHANG

TERENGGANU

KELANTAN

SARAWAK

SABAH

KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA & LABUAN

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

Leave a Reply