i-sinar tanpa syarat

Kelulusan i-Sinar Tanpa Syarat Bermula 8 Mac 2021

Permohonan i-Sinar tanpa syarat akan mula diluluskan bermula 8 Mac 2021. Kelulusan ini diberikan kepada ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan terdahulu.

Ini termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pada 11 Feburari lalu, KWSP telah mengumumkan pemansuhan kriteria i-Sinar sekaligus melibatkan perubahan besar kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online.

Baca: Cara Muat Naik Dokumen i-Sinar

cara pengeluaran iSinar tanpa syarat

Jadual Pembayaran i-Sinar Selama 6 Bulan

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti di bawah:

  1. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  2. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Contoh Situasi & Status Permohonan Ahli:

Pembayaran interim RM1,000 Dihentikan

Pembayaran interim sebanyak RM1,000 yang telah dijalan pada bulan lepas akan dihentikan berikutan pemansuhan kriteria i-Sinar.

Bagi ahli yang masih belum membuat permohonan pengeluaran kemudahan i-Sinar sebelum ini dan ingin memohon pada tempoh peralihan, KWSP menasihatkan ahli untuk menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac.

Ini akan memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar.

Di bawah kemudahan i-Sinar sejak dibuka sehingga kini, sejumlah RM18.5 bilion telah dikeluarkan dan memanfaatkan 3.3 juta ahli.

Cara Semak Status Permohonan i-Sinar

2 cara menyemak status permohonan i-Sinar anda;

  1. i-Sinar Online di kotak Semak Status Permohonan; atau
  2. i-Akaun anda di tab Pengeluaran dan semakan di Sejarah Pengeluaran

Untuk maklumat lanjut, Ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848. 

Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03- 8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.

3 Replies to “Kelulusan i-Sinar Tanpa Syarat Bermula 8 Mac 2021”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge