projek Hanna

Kenapa Perlu Menyewa Kalau Anda Boleh Memiliki

“Kami belum bersedia dari segi kewangan..lebih selesa menyewa..”

“Kami tak pandai beli rumah yang sesuai. Risau sangat pilih. Kami kena tanggung nanti!..”

“Lecehlah proses beli rumah ni. Lebih baik kami menyewa saja..”

Ini antara keluhan dan alasan yang sentiasa meniti di bibir mereka yang menyewa. Ada yang ingin membeli rumah tetapi dihalang oleh kekangan dari segi kewangan akibat harga rumah yang terlalu mahal. Ada yang tidak berani mengambil risiko ‘tersilap’ membeli rumah. Pendek kata, mereka risaukan nilai rumah mereka makin menyusut pada masa hadapan walhal isu tersebut sangat jarang terjadi. Ada juga yang mempunyai keinginan untuk memiliki rumah namun tidak sanggup menghadapi susah-sulit dalam proses pembelian.

Apa saja alasan dan kerisauan anda, boleh tolak ke tepi dulu. Kenapa anda perlu menyewa kalau anda memiliki sebuah kediaman pada hari ini. JOM BELI, don’t SEWA!

Kami bukan cakap kosong, tapi serius, tidak semua projek perumahan menawarkan harga rumah di luar kemampuan. Juga, tidak semua proses membeli rumah itu leceh tanpa sebarang pertolongan daripada pihak pemaju.

Kali ini, kami ingin kongsikan satu projek perumahan yang baru dilancarkan oleh Matrix Concepts Holdings Berhad yang mungkin menjadi rumah pertama anda. Projek perumahan fasa terbaru ini dinamakan HANNA II.

Hanna Laman Sendayan

Hanna II Presint 1 – Fasa Terbaru Laman Sendayan

Fasa terbaru Laman Sendayan, HANNA II (Presint 1) yang tersergam indah di Bandar Sri Sendayan ini bakal dilancarkan pada Jun 2022.

HANNA II merupakan projek rumah teres dua tingkat, berstatus hak milik kekal. Pembeli ditawarkan 2 jenis keluasan iaitu Type A: 20’x65’ (fully extended) dan Type A1: 20’x70’ (dengan halaman belakang rumah) . Kedua-dua jenis rumah ini mempunyai 4 bilik tidur, 3 bilik air dan 1 bilik stor. Jika anda perasan, reka bentuk fasa terbaru ini diperluaskan sepenuhnya.

Fasa terbaru ini dijangka akan habis terjual dalam masa yang singkat memandangkan untuk dua fasa sebelum ini, iaitu Belissa dan Delia habis terjual dalam masa kurang satu minggu. Jadi, bagi anda yang sedang mencari rumah baru, bolehlah masukkan Hanna ni dalam list!

Fasiliti Lengkap

Kenapa perumahan terbaru di kawasan ini menjadi pilihan ramai?

Sebab utama, semestinya fasiliti yang ditawarkan di sini. Selain reka bentuk yang moden, kawasan sekitar perumah ini turut disediakan kemudahan rekreasi seperti taman permainan, gelanggang badmintan dan bola keranjang, gym dan gazebo di sekitar taman. Fasiliti sebegini pasti menarik minat pembeli yang sudah berkeluarga.

Ruang Tamu & Ruang Makan Berkonsep Moden

Pembeli juga akan diberikan keahlian d’Tempat Country Club secara percuma.

Untuk makluman, Hanna merupakan projek perumahan yang telah dirancang dengan baik sejak awal dengan mengambil lokasi strategik dengan akses mudah.

Fasa ini juga mengambil kira jarak dekat dengan institusi pendidikan, hub perniagaan, pusat komersial dan banyak lagi. Jarak dengan Pusat Bandaraya Seremban juga hanya mengambil masa kira-kira 15 minit dan kira-kira sejam perjalanan diperlukan untuk ke Lembah Klang.

Harga Berpatutan & Ansuran Bulanan Rendah

Selain itu, harga yang ditawarkan kepada pembeli Hanna adalah berpatutan. Harga yang ditawarkan adalah rendah dengan harga SPA bermula daripada RM400K+ . Kadar faedah Mortgage juga rendah.

Anda hanya perlukan RM1000 (booking fee) dan salinan kad pengenalan untuk membuat tempahan.

Untuk keluasan rumah sebegini, anda hanya perlu membayar ansuran bulanan dari RM1,4xx* . Kami yakin, agak sukar untuk anda mendapat kadar sebegini di projek perumahan lain.

hanna laman sendayan

Sekiranya anda berminat untuk memiliki kediaman ini, bolehlah menghubungi pihak Matrix Concepts Holdings Berhad di talian 1 800 88 2688 atau layari laman web : http://lamansendayan.com/project/project-hanna.html

#HANNA #LamanSendayan #JOMBELIDONSEWA #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #BandarSriSendayan #BSSDevelopment

2 Replies to “Kenapa Perlu Menyewa Kalau Anda Boleh Memiliki”

Leave a Reply to Geng Borak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge