wanita-basikal-tunjuk-body

Kenapa Wanita Berbasikal Berpakaian Ketat Tunjuk ‘Body’?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aktiviti berbasikal menjadi pilihan ramai untuk aktiviti riadah setiap minggu. Tidak keterlaluan jika dikatakan ianya bukan sekadar aktiviti untuk mengeluarkan peluh, tetapi turut menjadi trend in untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan secara santai.

Tidak menjadi masalah jika seseorang itu sememangnya berminat dalam aktiviti ini hingga sanggup membeli basikal berharga ribuan ringgit dan aktiviti ini bukan saja diminati oleh kaum lelaki, malah perempuan juga sudah semakin ramai menjadikan aktiviti berbasikal sebagai aktiviti riadah harian.

Bagaimanapun, perkara yang menjadi perdebatan di media sosial adalah cara pemakaian wanita itu sendiri yang sering dilihat agak ketat sehingga menampakkan sosok tubuh badan mereka.

Melalui laporan Kosmo, kebanyakkan netizen menyifatkan wanita yang berpakaian seperti itu bukannya betul-betul mahu melakukan aktiviti berbasikal terbabit, tetapi hanya ingin menayangkan badan mereka semata-mata.

Malah ada juga netizen yang mengatakan pemakaian ketat ketika melakukan riadah ini sudah menjadi trend di media sosial.

Oh ye, tidak semua wanita berbasikal berpakaian menjolok wanita. Ada yang masih tahu menjaga pemakaian mereka mengikut syariat. Contohnya penampilan DS Siti Nurhaliza sering menjadi perhatian ramai apabila sentiasa manis mengenakan pakaian sebagai seorang muslimah.

Apa-apa pun, menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim untuk menegur kawan-kawan yang seagama berkelakuan sebegini. Bukan kerana benci, tetapi kerana sayang…Ayuh kita sama-sama ingat-mengingati dan kembali ke jalan yang diredhai oleh-Nya.

One Reply to “Kenapa Wanita Berbasikal Berpakaian Ketat Tunjuk ‘Body’?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge