maksud inflasi

Inflasi Amerika Syarikat Tertinggi Dalam Masa 40 Tahun Terkini

Amerika Serikat (AS) sedang menghadapi inflasi tertinggi dalam 40 tahun terkini. AS dilaporkan menghadapi kenaikan inflasi sehingga 7% sejak tahun lepas.

Sejak bulan lalu, inflasi di Amerika Syarikat meruncing dengan harga pengguna mencatatkan peningkatan tahunan terbesar dalam tempoh hampir empat dekad apabila kos melonjak membabitkan sebahagian besar barangan.

Jabatan Buruh berkata, indeks harga pengguna (IHP) meningkat 7.5 peratus dalam tempoh 12 bulan sehingga Januari, kenaikan tertinggi sejak Februari 1982, selain meningkat 0.6 peratus lagi berbanding Disember 2021, lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis.

Apa Itu Inflasi? Secara asasnya, inflasi bermaksud kenaikan paras harga umum. Ringkasnya, inflas bermaksud kenaikan harga terhadap kebanyakan barang atau servis

Data itu menenggelamkan harapan pentadbiran Presiden Joe Biden bahawa gelombang kenaikan harga yang menjejaskan sokongan awam terhadapnya akan menunjukkan isyarat memperlahan pada bulan pertama 2022.

Harga Barang Naik 200%!

Ia turut meningkatkan lagi jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedah tidak lama lagi.

Dalam kenyataannya, Biden mengakui bahawa inflasi ‘meningkat’ namun peramal terus mengunjurkan inflasi akan berkurangan dengan ketara menjelang akhir 2022.

“Mujurnya, kita melihat pertumbuhan gaji sebenar yang positif bulan lalu selain pertumbuhan sederhana harga kereta, yang merangkumi suku daripada inflasi utama sejak tahun lalu,” katanya

Beberapa faktor dilihat mendorong kenaikan harga, daripada dasar wang mudah Fed bagi menyokong ekonomi semasa pandemik hinggalah masalah rantaian bekalan, kekurangan komponen dan pekerja, selain permintaan tinggi daripada pengguna di negara itu.

Rumah Putih cuba membendung kenaikan itu dengan mengumumkan beberapa inisiatif bagi meningkatkan pengeluaran semikonduktor dan menangani dakwaan berlaku penetapan harga dalam industri pembungkusan daging.

Bagaimanapun, Fed adalah institusi yang berada dalam kedudukan terbaik untuk membendung kenaikan harga, kata Jason Furman, bekas pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Rumah Putih semasa kepimpinan Barack Obama, dengan Biden ketika itu berkhidmat sebagai Naib Presiden.

“Kebenarannya adalah, hanya sedikit yang boleh dilakukan oleh Presiden untuk mengurangkan inflasi. Beliau boleh dan sepatutnya melakukan seadanya dari segi bekalan (malah sudah pun melaksanakannya), namun (ia) tidak banyak membantu,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

“Fed perlu menaikkan (faedah) pada Mac,” tambahnya.

Barangan runcit dan barangan lain dalam kategori makanan di rumah meningkat satu peratus, jauh lebih tinggi berbanding kenaikan 0.4 peratus pada Disember.

Bagi tempoh 12 bulan, harga barangan ini melonjak 7.4 peratus.

Harga tenaga pula meningkat 0.9 peratus secara bulanan dan 27 peratus tahunan, walaupun data menunjukkan terdapat penurunan bulanan dalam harga petrol.

-AFP || Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge