hibah tabung haji

Hibah Amanah Tabung Haji : Hibah Bersyarat Atau Hibah Mutlak?

Bagi yg belum maklum, Tabung Haji (TH) telah melancarkan Hibah Amanah sejak bulan Mei, 2017. Ini merupakan inisiatif pihak TH sendiri untuk turut sama menyelesaikan permasalahan isu pembahagian harta umat Islam yg semakin meningkat sekarang ini.

Hibah Amanah TH adalah pemberian Harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan Tabung Haji oleh pemberi hibah amanah (pendeposit) semasa hidupnya kepada penerima hibah amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela, tanpa paksaan dan tanpa mengenakan sebarang balasan dan berlakunya ijab dan qabul di antara pemberi hibah amanah dan penerima hibah amanah.

Persoalannya, adakah Hibah Amanah TH tersebut kategori hibah bersyarat atau hibah mutlak? Sebelum anda meneruskan niat untuk teruskan hibah amanah tersebut, mari kita semak apakah ciri-ciri hibah amanah TH tersebut terlebih dahulu :

1) Pemberi hibah amanah bebas menghibahkan harta hibah yg dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan muslim.

2) Pemberian hibah amanah adalah tidak tertakluk kepada hukum faraid. Oleh yg demikian, sesiapa sahaja layak menerima harta hibah.

3) Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut hukum faraid.

4) Pemberi hibah amanah masih boleh menikmati faedah atau manfaat daripada simpanan TH yg telah dihibahkan dan boleh membuat urusniaga selagi pemberi dan penerima hibah masih hidup (ciri-ciri hibah bersyarat).

5) Harta hibah akan dipegang oleh pendeposit yg bertindak sebagai pemegang amanah dan hanya akan diserahmilik kepada penerima hibah selepas kematian pendeposit setakat baki terakhir simpanan tersebut pada waktu kematian pendeposit (ciri-ciri hibah bersyarat).

6) Jika penerima hibah meninggal dahulu, maka akaun simpanan tabung haji tersebut akan menjadi harta pusaka yg boleh dituntut oleh waris2 penerima hibah amanah walaupun pemberi hibah masih hidup (ciri-ciri hibah mutlak).Sebagai contoh, Ahmad telah mendaftar untuk membuat Hibah Amanah TH dan menamakan isterinya Aminah sebagai penerima hibah amanah tersebut. Selepas Ahmad meninggal dunia, pihak Tabung Haji telah mengeluarkan kesemua simpanan Ahmad kepada Aminah sebagai penerima hibah amanah.

Oleh kerana Aminah tidak mempunyai anak lelaki, maka adik-beradik Ahmad telah menuntut hak faraid ke atas simpanan Tabung Haji Ahmad. Oleh kerana bidangkuasa untuk menentukan keesahan hibah hanya boleh dibuat di mahkamah syariah, maka adik-beradik Ahmad telah memohon untuk membatalkan hibah amanah tersebut. Pihak Mahkamah akan meneliti dokumen2 hibah amanah dan akan mengambilkira perjanjian dan persetujuan yg telah dibuat oleh Ahmad semasa hidup, Aminah sebagai penerima hibah dan pihak yg berkepentingan menguruskan harta hibah iaitu pihak Tabung Haji sendiri.

Jika Mahkamah pun boleh menerima dan meluluskan hibah amanah yang masih mempunyai ciri-ciri hibah bersyarat tersebut, siapakah kita untuk menafikan ilmu hakim2 dan bidangkuasa Mahkamah yg boleh menentukan status hibah bersyarat tersebut?

Ilmu Allah itu luas.. jika kita tidak pakar dalam sesuatu perkara jangan kita nafikan kepakaran orang lain dalam perkara tersebut. Please agree to disagree.

Sumber: Roslina Sabiyah & Co.

#hibahbersyarat #hibahamanah #rancanghartaelaksengketa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge