Akaun 3 KWSP Untuk Pengeluaran Fleksibel Bermula Jun 2024
Apakah Akaun 3 KWSP?
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.
Akaun 3 KWSP dijangka akan dapat dimulakan pada June 2024 dan perincian mengenainya akan diperjelaskan kepada pencarum selepas KWSP membuat keputusan muktamad.
Akaun ini direka untuk memberikan fleksibiliti kepada pencarum dalam situasi kecemasan, memungkinkan pengeluaran mengikut peratusan yang ditetapkan.
Akaun 3 itu hanya boleh dikeluarkan pada waktu kecemasan sahaja, dengan peratusan tertentu. Penelitian sedang dijalankan dari sudut kaedah mengenai akaun ini agar tidak terlalu menjejaskan pendapatan pencarum.
Mengikut perkongsian Rozanna Rashid yang hadir pada taklimat awal bersama pihak KWSP, akaun-akaun KWSP akan diselaraskan menjadi:
- Akaun 1: akaun persaraan
- Akaun 2: akaun sejahtera
- Akaun 3: akaun fleksible
Pecahan caruman pada ketika ini adalah 70:30 ke dalam akaun 1 dan akaun 2 KWSP. Apabila pecahan caruman baru pada bulan Jun bermula, pecahan menjadi:
- Akaun 1: 75%
- Akaun 2: 15 %
- Akaun 3: 10%
Tambah Rozanna pada perkongsiannya lagi, pencarum boleh memilih untuk memindahkan baki ke Akaun 1 dan 2, namun tidak dibenarkan membuat pindahan caruman daripada Akaun 1 atau 2 ke akaun 3. Pilihan ini boleh dilakukan secara atas talian bermula Jun 2024.
Akaun 3 membolehkan pencarum membuat pengeluaran KWSP pada bila-bila masa tanpa sekatan.
Inisiatif ini diharapkan dapat memberikan keseimbangan apabila pencarum memerlukan dana kecemasan dalam keadaan yang tidak dijangka.
Berita baik apabila kadar dividen akan berkadaran untuk ketiga-tiga akaun KWSP. Namun, perubahan mungkin berlaku pada masa akan datang.
Belanjawan 2024 telah mengambil langkah progresif dengan memperkenalkan Akaun Fleksibel (Akaun 3 KWSP), yang merupakan jawapan kepada desakan rakyat untuk adanya kemudahan pengeluaran khas.
Inisiatif ini mencerminkan pendekatan kerajaan yang responsif dalam mendengar dan mengatasi isu-isu yang dihadapi oleh rakyat.
Dengan adanya Akaun 3, proses pengeluaran dana pasca persaraan akan menjadi lebih mudah, memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat untuk mengendalikan simpanan mereka dengan lebih efektif.
Semoga rakyat lebih bijak berbelanja dan melakukan persiapan dana kecemasan untuk hari tua nanti.