Pengeluaran Fleksibel KWSP Akaun 3 Mulai Tahun Depan
Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 untuk pencarum baharu bagi membolehkan pencarum dari semua peringkat membuat pengeluaran pada bila-bila masa.
Pengumuman Akaun Fleksibel atau Akaun 3 ini dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini.
Tujuan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Diwujudkan
Akaun 3 yang dicadangkan oleh KWSP itu akan berfungsi seperti simpanan dan setiap pencarum boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa. Akaun 3 ini akan menggantikan pelaksanaan pengeluaran bersasar KWSP dan fungsinya masih boleh dianggap sama.
Ini adalah untuk memanfaatkan dan meringankan beban kewangan ketika menghadapi keperluan di luar jangkaan.
Selain itu, dengan adanya Akaun 3 KWSP juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.
Mengikut statistik pada hari ini, seramai 9 peratus ahli tidak mempunyai apa-apa simpanan pada umur 55. Angka ini meningkat ke sekitar 25 peratus apabila ahli KWSP mencapai umur 75.
Syarat Dan Kelebihan Akaun 3
- Bagi ahli baharu, cadangan pengeluaran mandatori bulanan hanya akan dilaksanakan bagi yang lahir pada atau selepas tahun 2010.
- Cadangan memperkenalkan Akaun 3 itu juga adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.
- Walaupun tujuan Akaun 3 adalah untuk menangani isu aliran tunai dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.
- Ia juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.
- dividen Akaun 3 mungkin lebih rendah berbanding dua akaun lain.
- KWSP merancang memperuntukkan caruman antara 3% hingga 5% bagi pencarum Akaun 3 yang akan dikreditkan secara automatik.
Baca Juga: Cara Mohon Pengeluaran Akaun 2 Untuk Pendidikan
Ketika ini pencarum KWSP hanya mempunyai Akaun 1 dan Akaun 2.
Akaun 1 hanya dibenarkan pengeluaran selepas umur persaraan atau untuk tujuan pelaburan dalam Unit Amanah Saham.
Akaun 2 dibenarkan untuk pengeluaran atas beberapa syarat seperti untuk pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama, untuk kos menunaikan haji, pembiayaan pendidikan dan tampung kos perubatan.
Masih Belum Muktamad
Terkini, mekanisme dan peratus dana yang akan dimasukkan dalam Akaun Fleksibel masih belum diputuskan.
Kerajaan kini dalam fasa sedang memuktamadkan akses pengeluaran bagi Akaun Fleksibel.
Akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasakan simpanan persaraan. Buat masa ini, caruman 70% dana dimasukkan ke Akaun 1 manakala baki 30% ke Akaun 2 KWSP.
KWSP juga perlu memastikan mereka mempunyai dana yang mencukupi sekiranya cadangan mewujudkan Akaun 3 dengan pengeluaran fleksibel dilaksanakan.
Untuk makluman, rakyat Malaysia seawal berusia 14 tahun sudah boleh membuka akaun KWSP.
Maklumat Lanjut KWSP
Untuk mengetahui maklumat terkini tentang Akaun 3 KWSP ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:
- Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Hotline: 03-8922 6000
- Laman Web Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja