Cara Mohon Pengeluaran Akaun 2 KWSP Untuk Pendidikan.
Ramai yang hanya tahu, pengeluaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP hanya dibenarkan untuk pendahuluan membeli rumah. Namun, masih ramai yang tidak tahu, Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan untuk tujuan membiayai pendidikan.
Untuk makluman, ahli KWSP boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
Jumlah di dalam akaun tersebut yang boleh dikeluarkan adalah jumlah yuran pengajian/baki pinjaman pendidikan atau kesemua simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah).
Kos Yang Dibiayai
Kos yang dibiayai untuk pengeluaran ini adalah seperti berikut:
- Yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian atau jumlah baki pinjaman (bagi pengajian peringkat Sijil Tahap 3, amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan hanya untuk yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam akaun 2).
- Yuran hostel dan penginapan.
- Penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara.
Baca Juga: Duit KWSP Bukan Hak Mutlak Isteri
Syarat Pengeluaran KWSP Untuk Pendidikan
Walaupun simpanan dalam KWSP itu adalah wang dan hak anda tetapi untuk membuat pengeluaran ahli perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Berikut adalah syarat-syarat tersebut;
- Ahli mestilah bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara Malaysia
- Ahli belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan dibuat
- Ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2
Ahli atau anak belajar di IPT dalam negara sepenuh masa, separuh masa, PJJ dan francais yang dibenarkan.
Pengeluaran untuk pelajar yang belajar di IPT luar negara dibenarkan untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
Cara Memohon Pengeluaran Akaun 2 KWSP
Untuk membuat permohonan pengeluaran ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
- Login i-Akaun tersebut.
- Klik menu ‘Pengeluaran.’
- Klik butang ‘Permohonan Baru.’
- Pilih ‘Pendidikan’ dalam jenis pengeluaran dan lengkapkan maklumat seterusnya.
- Buat pengesahan pengeluaran.
- Anda akan mendapat SMS pengesahan permohonan.
- Sila pergi ke pejabat KWSP berhampiran dan bawa bersama dokumen yang diperlukan.
- Dokumen Yang Diperlukan
- Dokumen yang diperlukan untuk dibawa adalah seperti berikut:
- Mykad atau dokumen pengenalan diri asal.
- Surat pengesahan pendaftaran pelajar
- Resit bayaran yuran pengajian yang dikeluarkan oleh IPT.
- Bayaran Balik Tiket Penerbangan (kelayakan penerbangan sehala bagi pelajar IPT dalam/luar negara semasa mendaftar untuk memulakan pengajian pada tahun pertama sahaja).
- Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian.
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal.
- Dokumen bukti pertalian antara pemohon dan pelajar (sekiranya pemohon bukan pelajar).
- Maklumat Lanjut
- Untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran akaun 2 KWSP untuk pendidikan, sila layari laman web https://www.kwsp.gov.my/.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan
Berikut adalah dokumen yang anda perlu hantar bersama permohonan:
- Borang Pengeluaran KWSP 9H (AHL)
- Salinan dokumen pengeluaran diri sekiranya pemohon bukan warganegara Malaysia.
- Maklumat Akaun Bank. Cadangan kami, anda boleh bawa bersama buku akaun bank, penyata akaun bank atau salinan akaun bank semasa membuat permohonan sebagai bukti bahawa akaun anda sah dan masih aktif.
- Borang KWSP 3 (pindaan) bagi kes dimana pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter atau permohonan dilakukan melalui pos.
Selain dokumen yang kami nyatakan di atas, pihak KWSP juga memerlukan dokumen sokongan yang lain. Anda boleh rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Pendidikan untuk semua dokumen yang diperlukan di laman web KWSP dan kaunter.
Adalah dimaklumkan juga bahawa pihak KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan yang dirasakan perlu. Pihak KWSP juga mempunyai hak untuk menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Cara Bayaran Dibuat?
Sekiranya permohonan pengeluaran KWSP untuk pendidikan anda berjaya, bayaran akan dilakukan dengan cara berikut:
Bayaran Dalam Malaysia. Untuk kes ini, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :
- Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; dan
- Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank yang diberikan semasa permohonan
- Bayaran akan dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
- Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui cek jurubank
Bagi bayaran Luar Malaysia, bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut :
- Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; atau
- Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing
Itulah dia perkongsian kami tentang pengeluaran KWSP untuk pendidikan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini untuk panduan rakan-rakan yang lain.