Kesan Kejatuhan Ringgit Malaysia Terhadap Kos Sara Hidup Rakyat

Hari ini (20 Oktober 2023), nilai Ringgit Malaysia (RM) berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$) terus menjunam, terkini ianya mencatat RM4.78 berbanding AS$1.

Perkembangan ini pastinya akan menambah dan mengeruhkan lagi beban yang ditanggung oleh rakyat angkara kos sara hidup sedia meningkat ketika ini.

Kejatuhan nilai ringgit bukan sahaja disebabkan oleh faktor dalaman, tetapi juga faktor luaran kerana Malaysia mempunyai hubungan dagangan dan antarabangsa dengan negara luar.

Kejatuhan nilai mata wang ringgit, secara tidak langsung memberi kesan drastik kepada beberapa industri di Malaysia terutamanya dalam sektor import dan eksport. Kesan ketara pasti turut dirasai oleh peniaga tempatan.

Semakin lemah nilai ringgit (RM), maka semakin tinggilah harga barangan yang diimport. Akhirnya, rakyat juga yang menerima tempias tersebut.

Nilai kos barangan import meningkat sekali gus memaksa peniaga untuk mengeluarkan perbelanjaan yang lebih besar terhadap sesuatu barangan kerana mereka terpaksa menyerap kos kenaikan terbabit.

Baca Juga: Tempat Simpan Duit Anak

Kurangkan Barang Atau Naik Harga?

Kos yang lebih tinggi ini akan menyebabkan peniaga terpaksa mengurangkan jumlah barang yang diimport atau menaikkan harga produk mereka untuk menampung peningkatan kos.

Rakyat terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan barangan yang sama pada suatu ketika dahulu.

Kesan daripada berbelanja lebih ini menyebabkan masyarakat tidak dapat menyimpan untuk simpanan di institusi perbankan.

Akhirnya sektor perbankan juga akan turut terkena tempias kerana jumlah deposit yang semakin menurun menyebabkan secara tidak langsung aset bagi perbankan juga akan menurun

Perniagaan Eksport Barang Ke Luar Negara Lebih Untung

Hal yang berbeza mungkin dirasakan peniaga yang menjalankan perniagaan mengeksport produk ke pasaran luar negara.

Golongan ini mungkin akan mendapat manfaat daripada kejatuhan ringgit di mana produk tempatan menjadi lebih murah dan lebih kompetitif di pasaran luar disebabkan oleh kejatuhan nilai mata wang yang lebih rendah berbanding negara yang dieksport.

Penurunan nilai ringgit menjadikan jumlah eksport negara menjadi semakin meningkat dan banyak kerana permintaan terhadap barangan Malaysia lebih tinggi oleh sebab nilai barangan menjadi murah berbanding barangan negara lain.

Ambil Kesempatan Semasa Kejatuhan Ringgit.

Justeru, peniaga dan syarikat yang menjalankan urus niaga sehingga ke peringkat eksport barangan mereka akan mendapat manfaat atas kenaikan permintaan produk mereka.

Ini sedikit sebanyak akan memacu permintaan ringgit dan selain itu kejatuhan nilai ringgit menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi utama pilihan pelancong kerana di bumi bertuah Malaysia, terdapat pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi

Rakyat boleh mengambil kesempatan atas pacuan sektor pelancongan dengan melibatkan diri dalam perniagaan berteraskan industri pelancongan. Mungkin rakyat boleh mencari sumber pendapatan tambahan sebagai pemandu pelancong luar, menjual cendemata buatan Malaysia dan sebagainya.

Bila Ringgit Akan Kembali Pulih?

Isu kejatuhan nilai ringgit ini sudah bermula sejak 2022 lagi apabila nilai ringgit pernah susut sehingga RM4.75 untuk AS$1, namun kembali meningkat kepada RM4.25 untuk AS$1 pada Januari 2023 sebelum ia terus menyusut pada kadar RM4.78 pada 20 Oktober 2023.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), prestasi ringgit akan bertambah baik apabila ketidaktentuan daripada perkembangan pasaran global semakin mereda,

Pergerakan dalam ringgit akan terus ditentukan pasaran dalam & luar negara dan BNM akan terus menguruskan risiko yang timbul daripada peningkatan ketidaktentuan pasaran kewangan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge