
Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL). Peluang Terbaik Untuk Pembayar Cukai.
Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) bukti jelas HASiL bukanlah sebuah agensi kutipan cukai yang tidak prihatin dalam memberi layanan kepada pembayar cukai.
HASiL bukan hanya bertujuan memburu dan mengejar pembayar cukai, sebaliknya terangkum sifat manusiawi disebalik tanggungjawab besar yang digalas untuk negara.
PKPS 2.0 juga bukti HASiL yang sentiasa mengambil inisiatif membantu dan mengajar pembayar cukai agar terus cakna dan celik berkenaan tanggungjawab percukaian.
Apa Itu Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 ?
Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 memberi peluang kepada pembayar cukai untuk tampil secara sukarela untuk melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat dan teratur selaras dengan ketetapan LHDNM yang sedang berkuat kuasa serta menggalakkan pembayar cukai membayar cukai dalam tempoh yang ditetapkan.
Tempoh pelaksanaan PKPS 2.0 adalah mulai 06 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024.
Sejajar dengan konsep Malaysia Madani yang dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan dirangkul peradaban dicitakan.
Program PKPS 2.0 ini juga memberi peluang kepada pembayar cukai meningkatkan tahap pematuhan cukai mereka berteraskan konsep AES (Awareness, Education, Services) diamalkan HASiL.
Melalui PKPS 2.0, pembayar cukai akan menikmati tawaran penalti atau surcaj pada kadar 0 peratus yang bermakna tiada penalti atau surcaj yang akan dikenakan sekiranya mereka melaporkan pendapatan menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela itu.
Dalam bahasa mudah, mana-mana pihak atau individu yang gagal dalam melaksanakan tanggungjawab percukaian diberi peluang ‘melunaskan hutang’ mereka kepada negara tanpa sebarang ‘denda’ dikenakan bermula 6 Jun lalu hingga 31 Mei 2024.
Tetapi dengan syarat, cukai yang dikenakan menerusi penyertaan PKPS 2.0 ini dilunaskan dalam tempoh program ini berlangsung.
Siapa yang layak menyertai PKPS 2.0 ini? Anda boleh menyemak senarai mereka yang layan di laman khas PKPS 2.0 ini.
Secara keseluruhan, jumlah yang disasar menerusi PKPS 2.0 melibatkan seramai 50,000 pembayar cukai baharu dan sedia ada dengan jumlah taksiran cukai RM1 bilion.

Sasaran sebanyak RM1 bilion itu adalah satu amaun yang amat besar dan tentunya akan digunakan untuk manfaat rakyat dan negara.
PKPS 2.0 ini adalah satu strategi serampang dua mata yang memanfaatkan pembayar cukai dan dalam masa sama membawa kebaikan kepada negara. Ternyata PKPS 2.0 berjaya menyerlahkan sisi manusiawi HASiL
Justeru, usah berlengah lagi. Masa tidak menunggu kita. Kepada yang berkenaan, segera ambil peluang itu. Sertai PKPS 2.0 secepat mungkin sebelum tempohnya berakhir.
Dapatkan maklumat lanjut berkenaan PKPS 2.0 menerusi Portal HASiL di www.hasil.gov.my atau menerusi Portal MyTax di mytax.hasil.gov.my