Kiraan Mudah Untuk Rancang Persaraan Anda
Tetapkan dulu berapa pendapatan sebulan yang anda mahu sewaktu dalam tempoh persaraan. Contohnya RM5,000 ke, RM10,000 ke tak kisah.
Dapatkan jangka hayat berapa lama kita boleh hidup. Menurut data sehingga 2020, jangka hayat untuk rakyat Malaysia adalah sehingga umur 75 tahun. Jadi kita akan gunakan data ini sebagai asas pengiraan persaraan.
Kirakan berapa jumlah keseluruhan wang persaraan yang kita perlukan untuk tampung kehidupan kita dalam tempoh persaraan seperti bawah
Umur Sekarang: 30 tahun
Umur Bersara: 55 tahun (atau bila-bila anda suka)
Tempoh ke Umur Bersara: 25 tahun
Tempoh Dalam Umur Bersara: 75 tahun – 55 tahun = 20 tahun
Katalah kita mahukan pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan sepanjang 20 tahun bersara nanti. Tetapi kita harus ingat yang RM5,000 ini adalah nilai sekarang. Kita perlu tukarkan nilai RM5,000 ini kepada nilai masa hadapan setelah diambil kira faktor inflasi.
Jika kita kira menggunakan TVM calculator (di ruangan komen) dengan jangkaan nilai inflasi 3% setahun, nilai RM5,000 ini pada 25 tahun akan datang adalah sekitar RM10,469.
Jadi jumlah wang persaraan yang diperlukan adalah:
RM10,469 x 12 x 20 = ~RM2.5juta
Method pengiraan ini dipanggil sebagai “Capital Liquidation Method” (CLM). Bermaksud kita menyimpan sejumlah wang yang akan digunakan sehingga habis tempoh persaraan yang kita tetapkan.
“Tapi tuan kalau kita hidup lebih dari 20 tahun macam mana?”
Innalillah… haha
Kiraan di atas adalah versi CLM yang dipermudahkan. Boleh dipanjangkan lagi tempoh penggunaan RM2.5juta tersebut dengan meletakkan ia di mana-mana instrumen pelaburan yang boleh bagi pulangan konsisten sambil-sambil kita guna duit tersebut untuk sara hidup.
“Apa ni tuan? Tadi kata kiraan mudah rancang persaraan. Tapi nak kena ada RM2.5juta tu lah pulak. Kan susah tu tuan?”
Betullah saya kata kiraan mudah. Tak kata pun cari RM2.5juta tu mudah hahah. Kalau kita buat simpanan & pelaburan dari sekarang (katalah umur 30), kita memerlukan pelaburan sebanyak RM34,361 setahun di instrumen yang bagi 8% setahun selama 25 tahun. (Rujuk gambar di komen)
Sekilas pandang memang banyak. Mana nak cari RM34,361 setahun untuk dilaburkan?
Tapi RM2.5juta tu tak semestinya datang dari simpanan kita semata-mata. Ianya boleh diperolehi dari pelbagai sumber contohnya KWSP, nilai hartanah & pelaburan yang kita ada, wang pencen, gratuiti dan sebagainya.
Sebab tu merancang persaraan ni perlu mula awal dan sebaiknya ada bantuan perancang kewangan berlesen untuk bantu kirakan dengan lebih tepat.
Kalau risau takut terlajak guna & RM2.17 juta tu habis awal. ada satu lagi method pengiraan persaraan yang kita boleh guna, iaitu “Capital Conservation Method” atau “Capital Preservation Method”. Method ini membolehkan kita secara teorinya ada wang persaraan yang tetap, tanpa mengurangkan dana persaraan kita.
Dana itu juga boleh diwariskan atau diwaqafkan jika kita mahu selepas ketiadaan kita. Tapi nak tulis sekali dalam ni agak panjang. Next time insyaAllah. In the mean time, kasi share & follow dulu guys.
Facebook: Siraj Fahmi