AJL 38

Keputusan Anugerah Juara Lagu 38 #AJL38

Anugerah Juara Lagu ke-38 (#AJL38) 2023 telah berlangsung dengan gah pada malam ini. Anugerah Juara Lagu merupakan anugerah muzik berprestij yang mengangkat martabat komposer, penulis lirik serta penyanyi.

Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu. Pemenang bagi setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL berserta wang tunai.

Pada tahun 2023, sebanyak 12 lagu telah layak ke pentas akhir Juara Lagu ke-38 #AJL38. 

AJL38 Berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil

Anugerah Juara Lagu ke-38 bersiaran langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil menerusi TV3 dan secara strim langsung online menerusi platform Tonton dan juga aplikasi Tonton pada 3 Mac 2024, jam 9:00 malam.

Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu 38

  • 1. Jangan Mati Rasa Itu

Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Lirik: Aina Abdul

  • 2. Sutera

Penyanyi: Aisha Retno
Komposer: Aisha Retno & MFMF
Lirik: Aisha Retno

  • 3. Santai

Penyanyi: Faizal Tahir
Komposer: Faizal Tahir
Lirik: Faizal Tahir

  • 4. Inilah Jalannya

Penyanyi: Masdo
Komposer: Noh Salleh
Lirik: Noh Salleh

  • 5. Astana

Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel
Lirik: Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel

  • 6. Darah

Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Naim Daniel & Firdaus Rahmat
Lirik: Naim Daniel & Firdaus Rahmat

  • 7. Kalam

Penyanyi: Shiha Zikir
Komposer: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat
Lirik: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

  • 8. Hasrat

Penyanyi: Amir Jahari
Komposer: Amir Jahari
Lirik: Amir Jahari

  • 9. Kucuma

Penyanyi: Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah
Komposer: A.Ramlee & Ezra Kong
Lirik: A.Ramlee & Ezra Kong

  • 10. Bintang

Penyanyi: Hael Husaini
Komposer: Hael Husaini
Lirik: Hael Husaini

  • 11. Waktu

Penyanyi: Hasif Upin & Ziana Zain
Komposer: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat
Lirik: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

  • 12. Selagi Ku Ada

Penyanyi: Khai Bahar & Nabila Razali
Komposer: Amylea
Lirik: Amylea

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) 2023

Juara Lagu Anugerah Juala Lagu 38:

Hasrat – Amir Jahari

  • Tempat Kedua AJL38 : Sutera- Aisha Retno
  • Tempat Ketiga AJL38 : Aina Abdul – Jangan Mati Rasa Itu
  • Vokal Terbaik AJL38 : Aina Abdul – Jangan Mati Rasa Itu
  • Persembahan Terbaik AJL38 : Sutera – Aisha Retno
  • Penyanyi Pilihan AlhaAlfa : Aina Abdul – Jangan Mati Rasa Itu

LIRIK: HASRAT (OST IMAGINUR)

Jika hari ini yang terakhir
Izinkanku mendengar suaramu lagi

Jika hari ini
Ku menghembuskan nafas terakhir
Pedulikah kamu

Teriaklah
Sekuat mana pun aku
Suara ini tiada mendengar
Teriaklah
Berhenti berharap
Teruskan hidupmu
Ku ingin pulang

Tiada daya dan upaya
Untuk membuatmu senyum
Seakan-akan tidur
Yang kusangkakan
Hanyalah mimpi
Tidak terperi
Genggam erat tanganku

Teriaklah
Sekuat mana pun aku
Suara ini tiada mendengar
Teriaklah
Berhenti berharap
Teruskan hidupmu
Ku ingin pulang

Tuhan Izinkan ku
Cerita apa ku rasa
Izinkan
Ku lafas kata cinta
Beri makna rindu

Teriaklah
Sekuat mana pun aku
Suara ini tiada mendengar
Teriaklah
Berhentilah berharap
Teruskan hidupmu
Ku ingin pulang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge