5 Kerugian Orang Berpuasa

Ibadah Puasa merupakan satu ibadah yang menyediakan pelbagai peluang untuk kita merebut 1001 pahala.

Namun, menjadi satu kerugian buat mereka yang berpuasa tetapi meninggalkan perkara-perkara sedemikian dalam sehari sepanjang di bulan Ramadan.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Berapa ramai orang yang berpuasa, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya itu kecuali hanya rasa lapar dan dahaga sahaja. Dan berapa ramai orang yang solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada solat malamnya itu kecuali hanya terbatas kepada berjaganya sahaja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan disahihkan oleh Al-albani)

5 Kerugian Orang Berpuasa Jika:

  1. Bangun sahur tanpa mendirikan sekurang-kurang 2 rakaat solat Sunat
  2. Meninggalkan hari-hari di bulan Ramadan tanpa Sedekah
  3. Menunggu waktu berbuka puasa tanpa berdoa
  4. Menghabiskan waktu pagi dan petang dengan hanya berbaring dan tidur atas alasan letih berpuasa.
  5. Langsung tidak membuka/membaca dan mendengar al-Quran.

Baca Juga: Doa Buka Puasa Dan Kelebihan Berdoa Sebelum Berbuka

Kita seharusnya memberi perhatian mengenai peringatan Rasulullah SAW itu sekiranya tidak mahu ibadat puasa yang kita laksanakan hanya mendapat rasa lapar dan dahaga sahaja, sedangkan di sisi Allah ia tidak memberikan apa-apa makna.

Jadi, jomlah kita berazam untuk jadikan puasa pada bulan Ramadan tahun ini , puasa Ramadhan yg terbaik dan paling bermakna dalam hidup dengan meninggalkan 5 bentuk kerugian bagi orang yg berpuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge