Fenomena Ekuinoks: Dunia Alami Waktu Siang dan Malam Sama Panjang Hari Ini.

Malaysia dan seluruh negara dunia bakal mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang disebabkan kedudukan matahari yang berada betul-betul atas garisan Khatulistiwa pada hari ini.

Ekuinoks merupakan satu fenomena astronomi apabila kedudukan matahari berada sejajar dengan Garisan Khatulistiwa. Hal ini menjadikan bumi dan matahari berada pada jarak paling dekat dalam sistem solar. Ini juga akan menyebabkan seluruh dunia mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam.

Dalam tempoh itu suhu boleh mencecah antara 35 hingga 38 darjah Celcius bergantung kepada kehadiran awan dan hujan pada masa tersebut.

Selepas 20 Mac kedudukan matahari berada di utara garisan Khatulistiwa termasuk di Malaysia. Dijangkakan suhu akan kekal tinggi hingga April sebab kedudukan matahari berada di utara garisan Khatulistiwa.

Manakala, bagi kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador, akan berlakunya waktu tengahari “tanpa bayang”.

Di Malaysia, peristiwa tengahari tanpa bayang akan berlaku sedikit lewat selepas ekuinoks seperti di Putrajaya pada 27 Mac 2024 (Rabu) dan di Kuala Lumpur pada 28 Mac 2024 (Khamis).

Ketika fenomena tersebut, matahari berada tepat di atas kepala setiap orang dengan bayang kepala dan badan jatuh ke tapak kaki menyebabkan ia seumpama tiada bayang.

Ekuinoks turut menandakan perubahan musim iaitu bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan pula sebaliknya bertukar mengalami musim luruh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge