doa buka puasa

Doa Buka Puasa Dan Kelebihan Berdoa Sebelum Berbuka Puasa

doa buka puasa

Berpuasa mengajar umat Islam untuk menahan lapar dan dahaga, menahan diri dari perbuatan yang boleh membatalkan puasa. Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk menyelesaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan selama sebulan. Ganjaran juga tinggi bagi mereka yang berjaya.

Sebelum ini, kami sudah kongsikan cara lafaz niat puasa Ramadhan secara harian dan sebulan. Kali ini, kami kongsikan pula doa buka puasa dan kelebihan berdoa sebelum berbuka puasa. Mungkin ada yang sudah lupa. Maklumlah, setahun hanya sebulan di bulan Ramadhan sahaja kita amalkan doa ini.

doa buka puasa beramai-ramai

Doa Buka Puasa (Seorang).

Doa berbuka puasa berseorang sedikit berbeza dengan doa buka puasa beramai-ramai. Boleh juga dibacakan doa buka puasa semasa berbuka bersama-sama keluarga di rumah.

doa berbuka puasa
Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’aala Rizqika Afthortu Birokmatika Yaa Arhamar Roohimin”

Maksud: Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Doa Buka Puasa Beramai-ramai.

“Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’aala Rozqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimin’.

Maksud: Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Bulan puasa adalah yang penuh dengan barakah. Setiap amalan yang dilakukan pasti mempunyai kelebihan di sisi Allah SWT.

Kebaikan Berdoa Ketika Berbuka Puasa:

  1. Dipelihara IMAN kepada Allah Taala
  2. Sentiasa di bawah rahmat Allah S.W.T.
  3. Semoga dijauhkan daripada azab kubur dan diberi kesenangan di alam sana.
  4. Sentiasa dilapangkan dada daripada perkara sulit.
  5. Diampunkan dosa-dosa lalu
  6. Taubat diterima dan sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus.
  7. Dilapangkan dan diterangkan kubur
  8. Didekatkan dengan syurga.
  9. Dimudahkan hisab.
  10. Menerima kitab di tangan kanan semasa proses pengadilan
  11. Dipermudahkan melalui titian Sirat
  12. Bertemu Allah dengan wajah bercahaya.

Berdoa semasa menunggu waktu berbuka puasa adalah mustajab. Sangat digalakan untuk mengamalkan selama sebulan ini.

Sabda Nabi Muhammad SAW:

Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” – Hadis Riwayat At Tirmidzi

Semoga Ramadhan ini memberi kebaikan kepada kita semua. Semoga Allah memberi keampunan kepada kita. Semoga Dia menjadikan Ramadhan kali ini penuh dengan rahmat.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak.

One Reply to “Doa Buka Puasa Dan Kelebihan Berdoa Sebelum Berbuka Puasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge