kaya

6 Amalan Murah Rezeki Penulis Ini Buatkan Beliau Berjaya Bangkit Selepas Bankrap

Pemuda ini memang kental. Pernah jatuh lebih 10 kali sampai bankrap, namun dia tetap teruskan perjuangannya dalam bisnes. Pernah beliau takda duit langsung pun dalam poket. Namun berbekalkan semangat dan pengalaman, beliau buat duit beratus ribu dalam tempoh 6 bulan sahaja selepas bankrap.

Hebat kan?

Beliau adalah Tuan Hafiz Mansor, penulis buku “Bagaimana BankrupMenjadikan Aku Kaya

Dalam buku tersebut, beliau ada berkongsi tentang kesilapan beliau yang terlalu cepat nak kaya. Banyak bisnes yang beliau ceburi tanpa mentor dan ilmu yang mencukupi.

Pinjaman bank pula jangan cerita, terlalu banyak yang diambil tanpa diurus dan dirancang dengan betul.

Akibat terlalu mempercayai orang lain, beliau membuat banyak kesilapan dan jatuh bankrap di usia yang muda. Ketika itu, hutangnya berjumlah lebih RM500,000!

Namun, beliau berjaya bangkit semula dan melangsaikan hutanghutangnya satu persatu.

Beliau ada sebut tentang pentingnya jaga solat, bantu mak ayah dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan. Namun ada 6 perkara yang paling menarik perhatian saya.

6 Amalan Murah Rezeki

Saya kongsikan di sini tip-tip yang beliau berikan supaya rezeki kita mengalir tanpa henti:

1# Selalu Bahagiakan Isteri

Kata beliau, “Saya perasan, sales kami akan meningkat bila saya buat isteri saya gembira. Tak semestinya gembirakan dia dengan barang dan perkara yang mahal-mahal. Yang penting dia happy
dengan apa yang dia nak.

Pernah saya belikan isteri handphone, pakaian, kasut dan barang yang dia idamkan. Lepas tu terus sales syarikat melonjak 10 kali ganda!

Isteri saya bukan jenis selalu minta. Sebab itu saya tak berkira dengan apa yang dia nak. Apapun, ikutlah kemampuan diri masing-masing. Saya tak tahu bagaimana terjadi sebab semua ni izin dari Nya.”

2# Zakat Tanpa Henti

“Yang ini lagi penting sebenarnya, zakat. Pastikan kita bayar zakat on time, jangan culas. Zakat itu bukan untuk asnaf sebenarnya. Zakat itu untuk kita!

Maksudnya, zakat itulah yang akan membersihkan dan menyuburkan harta-harta kita. Kalau harta kita makin banyak, bukankah itu untuk kita sebenarnya?

Pernah sekali tu saya bayar zakat dalam RM1,700. Ajaibnya, lepas tu sales ebook kami naik, termasuklah ebook lama-lama yang kami tak promotekan lagi.

Jualan serum rambut pun sama. Padahal dah tak buat iklan pun!

Tahu tak berapa profit kami lepas bayar zakat tu? RM17,000 lebih! Allahuakbar. Dulu-dulu saya tak perasan. Tapi selepas dah sedar, saya jaga betul-betul bab zakat ni.”

3# Tiga Cara Menangani Orang Negatif

“Jangan layan sangat orang-orang negatif sekeliling kita. Kita tak boleh ubah mereka.
Jadi kitalah kena ubah cara kita melayan mereka.” Beliau menambah.

“Biasanya saya respon ikut peringkat. Jika ada yang kutuk-kutuk saya, saya akan biarkan saja dulu. Biasalah, Orang hensem mesti mempunyai ramai musuh yang hodoh. Hahahaha.

Sebab itu jangan layan, jangan bagi respon. Lama-lama dia akan letih macam cakap dengan tiang.
Dalam masa yang sama, saya maafkan mereka. Kesian sebab biasanya orang sebegini kurang kasih sayang. Jadi dia nak perhatian.

Apapun saya tak nak hidup dan bisnes saya stuck disebabkan mereka. Sebab tu saya tak nak berlama-lama dengan orang camni. Namun jika mereka berterusan memburuk-burukkan saya, saya akan blok mereka di media sosial.

Ini supaya perkara-perkara negatif ini tidak berjangkit kepada saya dan orang lain. Kalau mereka sampai tahap fitnah saya, saya akan bangun mempertahankan diri. Saya bukan pertahankan hak saya semata-mata. Saya bertanggungjawab untuk mempertahankan periuk nasi team saya juga.”

4# Usah Terlalu Kejar Glamour

“Ketika nama saya meningkat naik dulu, saya dijemput untuk bagi talk di banyak tempat termasuklah di stesyen-stesyen TV tempatan. Masa tu ramailah memuji dan lambung saya bagai nak rak! Hari-hari ada orang nak jumpa.

Saya hilang fokus sebab seronok sangat ketika itu. Ye lah kan, ramai yang nak kenal. Glamour ni
buat saya leka dan alpa. Lama kelamaan sales saya jatuh dari RM200,000 lebih ke 4 angka sahaja.

Lalu saya faham, glamour ni takkan bawa kita ke mana-mana. Malah glamour ini boleh ’membunuh’ kehidupan juga kerjaya kita! Hidup ini perlu letak keutamaan, apatah lagi untuk orang bisnes
macam saya. Sekarang saya lebih suka bekerja senyap-senyap di belakang tabir sahaja. Ia lebih tenang buat saya, dan lebih baik untuk team saya.”

5# Bantu Kerja Orang, Duit Masuk!

“Kalau saya duit kurang, saya akan bantu kawan-kawan tanpa caj. Saya akan tanya dan saya akan bagitau nak bantu. Pernah satu ketika saya terdesak nak pakai duit. Yang ada kat saya hanya kepakaran hasilkan copywriting.

Jadi saya tanya di Facebook sesiapa yang nak saya buat copywriting percuma saya nak bantu buatkan dalam 50 orang. Ramai yang PM dan saya siapkan copywriting mereka. Saya juga post di wall Facebook saya copywriting tersebut.

Lepas tu ramai tanya nak buat copwriting juga dan saya caj RM150 untuk satu copywriting. Rezeki Allah hantar lepas tu saya dapat collect lebih dari RM15,000.

Kalau kita tak ada duit, cuba bantu kawan-kawan kita dengan kepakaran yang ada dan share di Facebook hasil kerja kita. InsyaAllah Allah bagi rezeki berganda-ganda!” pesannya.

6# Belanja dan Tolong Orang Secara Rahsia!

“Ini antara favourite saya. Tolong orang tanpa dia tahu siapa yang bantu dia.

Saya pernah order burger RM100. Abang burger tu macam pelik sebab banyak sangat. Kemudian saya ambil 2 biji je. Yang lain saya minta abang burger tu sedekahkan kepada orang yang datang nak beli burger.

Lepas tu, saya perhatikan sales saya melonjak. Biasanya RM200-300 je sehari.

Tapi lepas sedekah burger tu sales kami jadi RM2,000-3000 sehari! Padahal kami bekerja dan buat marketing macam biasa jer.

Kejadian kedua berlaku masa kami (saya dan team affiliate) dok promote ebook kami “Rahsia Naikkan View dengan Headline”.

Kami masukkan nama channel seorang Youtuber masakan tempatan tanpa dia tahu. Kami jadikan ia case study dalam ebook kami tu sebab dia rakam tanpa peralatan canggih dan fasih berbahasa melayu walaupun dia bukan melayu.

Jadi ramai pembaca copywriting share post berkenaan. Siap follow dan subscribe channel masakan dia lagi. Memang viral dan banyak page besar juga share copywriting tersebut.

Asalnya youtube tu cuma ada 100k subscriber sahaja. Selepas kami promote channel dia dalam ebook dan copywriting kami, saya perhatikan subscriber dia naik jadi 300K dan akhirnya 500K!

Maknanya, lumayan juga bayaran yang dia terima daripada Youtube selepas tu. Siap boleh pindah rumah baru! Pernah dia ditemuramah oleh wartawan dan ditanya. Dia sendiri pun tak tahu bagaimana subscriber meningkat begitu mendadak.

Maknanya, dia sendiri pun tak tahu kami ada promote channel dia sebelum ini. Amazingly, sales kami pun naik mendadak selepas itu. Biasanya sales RM10,000 lebih sahaja sebulan. Tapi selepas kejadian tu, sales kami naik jadi RM50,000 lebih sebulan!

Sama-sama kita jadikan 6 perkara ini sebagai amalan dan panduan ya. Tak susah pun untuk kita cuba. Moga Allah lihat usaha kita ini dengan pandangan kasih sayangNya.

Kesimpulan

Cerita ini antara perkongsian dalam ebook Kaya Sebelum 40.

Anda boleh dapatkan ebook best ni idi link di bawah:

Beli eBook Kaya Sebelum 40

ebook kaya

Didoakan kita semua menjadi hamba-hamba kesayangan Tuhan!

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis riwayat Muslim)

Kaya Sebelum 40

Leave a Reply