Sebab Tiada Pelepasan Cukai Bagi Pencarum SSPN Bermula 2023
UPDATE 30/3/2023: Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu RM8,000 bagi simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga tahun 2024.
Pembayar cukai yang mencarum dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu hingga RM8,000, mulai Tahun Taksiran 2023.
Kerajaan telah memutuskan perkara ini atas dasar dan keadaan bersesuaian.
Sebelum ini, skim simpanan SSPN menawarkan pelepasan cukai sehingga RM8000 sekaligus menarik minat pencarum untuk mencarum dengan pulangan dividen purata 4% setahun. Pelepasan ini tidak ditawarkan di mana-mana skim simpanan yang lain.
Baca Juga: Buat Duit Dengan Program Referral AZ Force
Kerajaan sebelum ini, memang beri potongan cukai kepada pencarum SSPN sebagai galakan, terutama kepada ibu bapa untuk mencarum bagi pendidikan anak mereka dengan kemudahan ini disambung beberapa kali hingga 2022
Sebab Tiada Pelepasan Cukai Bagi Pencarum SSPN
- tambahan senarai pelepasan cukai dan potongan cukai individu termasuk pengurangan sebanyak 2% ke atas cukai pendapatan individu.
- pelepasan cukai perbelanjaan perubatan yang ditingkatkan dari RM8,000 ke RM10,000.
- PTPTN menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik untuk peminjam yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM1,800
Berdasarkan portal rasmi SSPN, insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas Simpanan SSPN bagi tahun 2023 tidak diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023, 24 Februari lalu.
Kesimpulan
Mana-mana pembayar cukai yang melanjutkan simpanan pada SSPN tahun ini, tidak lagi dibolehkan laksana tuntutan pelepasan cukai individu sehingga RM8,00 untuk taksiran 2023 pada tahun hadapan.