OK Ke Beli Rumah Hari Ini?
Harga rumah sekarang memang mahal. Mungkin tidak mahal bagi generasi sekarang tapi bagi generasi seangkatan saya yang dalam usia 20-an pada tahun 90-an, harga rumah sekarang memang mahal.
Silap-silap kalau kami berusia 20-an sekarang, mungkin pakat-pakat menyewa. Tidak membeli.
Harga rumah teres landed di tahun 90-an dan awal tahun 2000-an umumnya dalam 120 ribu ke 200 ribu. Sekarang rumah yang sama walaupun dah 20 tahun usia, boleh mencapai sehingga 400-500 ribu (bergantung beberapa faktor).
Debt Service Ratio
Kadar profit bank sekarang tinggi. Antara 4-4.5%. Maksudnya instalmen jadi tinggi.
Bila tinggi, ia beri kesan pada kiraan , Debt Service Ratio, yang memungkinkan pembiayaan sukar diluluskan.
Generasi kini pulak makin tiada simpanan untuk dijadikan deposit.
Barang mahal, gaji cukup makan. Jadi pembiayaan diminta hingga cover 100% harga rumah. Biarlah bayar instalmen tinggi sikit. Akan akan datang gaji naik boleh cover.
Kalau tak bayar instalmen pun, kena bayar sewa. Sama saja.
At least rumah sendiri. Boleh ambil MRTT. Mati rumah tetap tinggal.
Untuk isteri, kalau suami pergi, ada rumah. Bakal jodoh baru, rumah dah ready.
Mungkin ada baiknya digalakkan semula simpanan untuk deposit dan pinjam 90% sahaja.
Tapi tambahan 10% menjadikan ia 100% pembiayaan pun, adalah pendapatan untuk bank. Kalau tambahan 10% pembiayaan setiap seorang bersamaan RM30k, kalau 100 orang dah berapa.
Nak harap Pemaju jual rumah murah murah memang tidak-lah. Sebab barang dan kos pun dah mahal. Nak murah sikit cari rumah lelong, tapi lain lah mainannya.
Kalau nak beli rumah tapi 10% pun tak ada lagi guna harapan pendapatan akan datang, memang susahlah nak cari rumah di pasaran lelong.
Jalan Alternatif?
Apa alternatif yang ada?
Kerja tambahan? Pendapatan tambahan? Menyimpan untuk deposit, kurangkan jumlah pinjaman dan perbaiki kelayakan meminjam?
Apa pendapat anda?
Nukilah daripada FB Nazri Mustafa