Penggemar Daging, Wajib Cuba Menu Di Swood Smokehouse Texas BBQ KL

Swood Smokehouse KL

Swood Smokehouse Texas BBQ terletak di Jalan Liew Weng Chee, Off Jalan Yap Kwan Sen (berhadapan House of Patin Lipis KL), dimiliki oleh usahawan Muslim Malaysia. Lokasi yang strategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur berjaya meniti dari bibir ke bibir penggemar daging barbeku (BBQ) gaya Texas di seluruh Malaysia.

Tidak keterlaluan kami katakan, restoran Swood ini bertaraf antarabangsa kerana sering dikunjungi oleh pelanggan dari luar negara seperti Singapura, USA, Itali dan Eropah. Lokasi premis yang terletak berdekatan dengan syarikat-syarikat korporat antarabangsa dan hotel-hotel mewah menjadi kelebihan Swood Smokehouse KL.

Menu Pelbagai

Sekadar membaca deskripsi hidangan di buku menu, anda mungkin kebingungan untuk memesan menu yang terbaik. Jangan risau, anda boleh mendapatkan bantuan daripada staf untuk terang atau cadangkan menu yang sesuai. Staf-staf di Swood bersedia memberi layanan istimewa dengan penuh mesra.

Kami bernasib baik kerana dilayan secara terus oleh pemilik restoran. Ini menjadi sebahagian pengalaman manis kami menjamu selera di Swood ini.

Menu di Swood Smokehouse Texas BBQ berasaskan perisa BBQ gaya Texas yang diasap dengan suhu rendah secara perlahan-lahan, mengikut tempoh masa yang sesuai sehingga dimasak sempurna. Daging yang dimasak sempurna ini mempunyai tekstur lembut & juicy, beraroma panggang dan perapan rahsia yang sempurna.

Setiap menu dihidang bersama homemade sauce, baked bean dan salad yang pasti tidak akan anda temui di tempat lain.

Untuk pengetahuan umum, method masakan di Swood menggunakan haba yang dipindah (transfer) daripada ruang pembakaran ke ruang yang menempatkan daging berkualiti tinggi, bukannya disalai/dipanggang secara terus dari api.

Selain menu utama daging, Swood juga menawarkan menu ayam dan itik.

Antara pilihan menu yang boleh anda cuba tanpa was-was adalah:

  1. Brisket Daging
  2. Pulled lamb
  3. Beef Rib
  4. Aneka Sosej
  5. Burger
  6. Smoked duck
  7. Aneka Pasta
  8. Swood chef-fried Rice

Ruang Makan Yang Luas

Selain daripada menu yang pelbagai, ruang makan yang disediakan juga luas. Boleh memuatkan lebih daripada 100 pelanggan dalam satu-satu masa.

Kami yakin, anda akan berasa selesa untuk mengadakan majlis kecil seperti sambutan hari jadi atau meraikan mereka yang tersayang di sini.

Oh ye, apabila ramai pelanggan hadir, pastilah keluasan parkir turut menjadi pertanyaan. Jangan risau, bersebelah dengan Swood ini, terdapat ruang parking yang boleh memuatkan lebih kurang 15 buah kereta.

Menu Cadangan Untuk Hidangan

Ini kali pertama kami menikmati hidangan di cawangan terbaru Swood Smokehouse. Memandangkan untuk kunjungan kali ini kami seramai 3 orang, kami memilih combo platter set Rodeo .

Set Rodeo mengandungi 100g beef brisket, 100g pulled lamb, rib, sides dan 1 jug tea peach. Untuk rib, kami memilih beef kerana saiznya lebih besar.

Harga yang ditawarkan di buku menu adalah sekitar RM180-320. Harga akhir adalah berdasarkan berat beef rib.

Beef Brisket – ini antara killer menu di sini. Isi daging sangat lembut. Serius sangat lembut tanpa anda perlu menggunakan tenaga untuk memotong daging. Dicicah pula dengan sos istimewa. Nak tahu keunikan rasa sos ni, kena datang sendiri ke Swood ini.

Pulled Lamb – daging kambing segar lembut yang dicarik-carik. Flavour yang ini pun padu. Ambil bun, belah di tengah. Ambil pulled lamb, mashed potatoes, baked beans dan coleslaw, letak di tengah-tengah bun. Letak sedikit sos BBQ dan sedia dinikmati! Padu boh!

Beef Rib – tulang rusuk lembu yang diasap perlahan untuk tempoh masa yang lama. Boleh bayangkan betapa rasa aroma asap dan lembutnya daging di bahagian tulang rusuk tu??? Portion sangat mencukupi untuk kami seramai 3 orang.

Smoked Baked Bean di Swood ini bukan biasa-biasa tuan-tuan. Tak sama seperti baked bean dalam tin tu. Ia diolah bersama smoked meat, ada rasa-rasa daging yang diasap. Ini pun anda wajib cuba bila berkunjung ke Swood.

Ketiga-tiga jenis masakan di atas satu plate ini cukup lengkap apabila dinikmati bersama mashed potatoes, coleslaw, bun dan smoked baked bean.

Cukup ke set Rodeo ini untuk 3 orang? Alhamdulillah, lebih daripada mencukupi.

Tetapi kalau anda rasa tidak mencukupi, bolehlah pesan menu tambahan seperti Sosej atau Bun.

Selepas kami menikmati set Combo Platter – Rodeo di Swood Smokehouse, tanpa ragu-ragu kami katakan “penggemar daging BBQ gaya Texas wajib singgah di Swood Smokehouse ini”.

Pada pendapat kami, kekuatan utama Swood Smokehouse Texas BBQ ini menjadi pilihan ramai tidak kira bangsa dan agama kerana menyediakan bahan-bahan HALAL dan menu gaya Texas BBQ berkualiti tinggi.

Untuk makluman, daging mentah dibekalkan oleh pembekal yang terpilih dan diasap & dimasak setiap hari bagi menjamin kesegaran hidangan.

Jika anda ingin menikmati hidangan istimewa daging barbeku (BBQ) gaya Texas yang halal seperti kami, anda dijemput untuk ke Swood Smokehouse Kuala Lumpur:

Alamat Swood Smokehouse KL: No 14 . Jalan Liew Weng Chee, Off Jalan Yap Kwan Seng , Kuala Lumpur, Malaysia.

No Telefon Swood Smokehouse KL: 011-2376 7798

Harga Menu Swood Smokehouse Texas BBQ

Ribs Platter

Single Platter

Meat by the Weight

European Cuisine

Fusion

Swood chef-Fried Rice & Sides

One Reply to “Penggemar Daging, Wajib Cuba Menu Di Swood Smokehouse Texas BBQ KL”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge