
Cara Guna eMadani Kredit RM100
Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
Permohonan eMADANI boleh dilakukan bermula 4hb Disember 2023 sehingga 20hb Februari 2024 di platform-platform terpilih.
Siapa Layak Memohon eMADANI ?
Bagi anda yang berumur 21 tahun ke atas, dan mempunyai pendapatan bawah RM100,000 setahun, anda boleh melakukan permohonan eMADANI melalui empat dompet digital terpilih, termasuk MAE, ShopeePay, Touch n Go eWallet, dan juga Setel.
Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI sekali sahaja daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.
Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.

Program ini turut menggalakkan penggunaan dompet digital (e-Wallet) untuk transaksi secara fizikal di pelbagai pekedai tempatan.
Namun, program telah menetapkan pengguna kredit RM100 hanya boleh digunakan di kedai-kedai terpilih sahaja, untuk tujuan transaksi tertentu sahaja.
Kedai Fizikal Ini Terima Kredit eMADANI.
Anda boleh menggunakan kredit eMADANI untuk transaksi di kedai-kedai fizikal seperti 7 Eleven, Speedmart 99, Mydin, MrDIY Popular dan beberapa tempat lagi

Kredit RM100 eMADANI tidak boleh digunakan untuk:
- Pemindahan ‘peer-to-peer’;
- Penebusan tunai;
- Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
- Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Untuk makluman, proses pengkreditan RM100 secara ‘one-off’ ke dalam e-dompet pilihan anda akan mengambil masa 24 jam sehingga 5 hari daripada tarikh permohonan sekiranya anda memenuhi kelayakan eMADANI dan telah melalui proses verifikasi eKYC.