Pencemaran Sungai Selangor Dijangka Ganggu Bekalan Air Ke-7 Daerah Lembah Klang.

Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka dialami oleh beberapa kawasan di tujuh daerah di Lembah Klang. Daerah tersebut adalah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat, bermula 10 pagi hari Khamis, 3 September.

Mengikut kenyataan dari pihak Pengurusan Air Selangor (Air Selangor), gangguan bekalan air kali ini disebabkan oleh 4 loji rawatan yang tercemar dan dikesan berpunca dari Sungai Selangor pada awal pagi ini.

Loji yang terkesan adalah Loji Rawatan Air Rantau Panjang dan ditutup operasi pada jam 7.15 pagi. Manakala Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fase 1,2 dan 3, ditutup operasi pada jam 9 pagi.

Senarai Lokasi Gangguan Bekalan Air Di Lembah Klang 3 September 2020

Senarai kawasan yang terganggu bekalan air disedia dan dikemas kini dari semasa ke semasa oleh Air Selangor menerusi muatnaik di platform media sosial mereka seperti Facebook, Instagram, Air Selangor mobile app and website at www.airselangor.com

Air Selangor bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang mengambil tindakan pantas bagi mengatasi insiden pencemaran ini dengan kadar segera.

Para pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemat.

One Reply to “Pencemaran Sungai Selangor Dijangka Ganggu Bekalan Air Ke-7 Daerah Lembah Klang.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge