punca gangguan air

Punca Pencemaran Sebabkan Gangguan Air Di Lembah Klang Dikenalpasti.

Kenyataan terkini oleh pihak Air Selangor tentang status gangguan bekalan air di Lembah Klang ternyata meresahkan penduduk di kawasan-kawasan yang terjejas.

Kemungkinan, gangguan bekalan air kali ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 4 hari untuk dipulihkan.

Gangguan bekalan air tidak berjadual kali ini menjejaskan 7 wilayah di Selangor dan WP Kuala Lumpur.

Gangguan bekalan air kali ini dikatakan berpunca daripada 4 loji rawatan yang tercemar dan dikesan berpunca dari Sungai Selangor pada awal pagi ini.

Punca Pencemaran Air Di Sungai Selangor.

Sebuah kilang ditutup dan disita selepas dikesan menjadi punca pencemaran di Sungai Selangor hingga menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak semalam.

Pencemaran sumber air mentah Sungai Selangor yang berpunca daripada kilang terbabit telah menyebabkan hentitugas operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di Twitter berkata usaha menghilangkan kesan pencemaran sedang giat dijalankan.

Letak Arang Untuk Hilangkan Kesan Bau Pencemaran

Buat masa sekarang, pihak berwajib sedang menjalankan usaha untuk menghilangkan dan mengurangkan kesan pencemaran bau dengan meletakkan serbuk arang di pengepaman air dari kolam Bestari Jaya, serta pelepasan air Empangan Sungai Tinggi bagi tujuan pembersihan serta pencairan bahan pencemaran.

Menurut kenyataan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) semalam, insiden pencemaran berpunca daripada premis perindustrian di kawasan Sungai Gong yang melakukan pelepasan berbau seakan pelarut ke dalam sungai.

Sungai Gong menurut Air Selangor, merupakan anak sungai kepada Sungai Sembah yang merupakan anak sungai utama Sungai Selangor.

Setakat jam 9 malam ini, operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi. Loji ini sudah dihentitugas selama lebih 30 jam dan ianya akan mengambil yang lebih panjang untuk kembali membekal air bersih kepada pengguna.

Loji ini akan kembali beroperasi selepas bacaan pencemaran bau mencatat bacaan Sifar TON (threshold odour number) selama 3 bacaan yang diambil secara berselang-seli. Bacaan ini diambil setiap 30 minit.

“Everyone does not get the magnitude of the problem. This is not a small fry problem, it is a big problem. We do not want to take 1 TON polluted water and process it. We do not want to give consumers smelly water,”- Air Selangor’s chief executive officer Suhaimi Kamaralzaman.

Sebelum ini, isu gangguan bekalan air disebabkan kerja-kerja menaiktaraf turut berlaku di loji yang sama pada Julai lepas, menyebabkan gangguan bekalan air selama 72 jam di beberapa kawasan terjejas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge