Pengalaman Umrah DIY
Posting ni khas buat kawan2 yang dm dan whatsapp mintak saya share pengalaman umrah DIY. Maaf 10 hari berlalu, baru sempat nak curi masa untuk share..
Actually, ramai orang kita yang dah buat umrah diy nie…dengan adanya kemudahan yang diberi kerajaan saudi melalui visa pelancong, ramai orang kita mula pi Mekah dan Madinah sendiri tanpa agen. Itu pilihan sendiri, kadang dengan agen pun mmg sesetengah agen pun guna visa pelancong untuk bawak jemaah ke tanah suci.
Posting ni tujuan berkongsi pengalaman semata2 . Yang pilih untuk pergi dengan agen dipersilakan, tak dinafikan pergi sendiri secara diy mmg renyah sikit dan perlu pengorbanan masa dan penat jugak buat research especially utk firsttimer macam saya. Cuma kelebihannya bila dah settle semua urusan dan ketika berada di Madinah dan Mekah, waktu kita lebih fleksible dan jadual kita boleh susun ikut kehendak kita sendiri. Itu nikmat umrah diy, boleh duduk masjid selama mana yang kita nak dan ziarah ikut kesesuaian masa kita.
Jadi, apa sebenarnya yang kita perlu sediakan untuk kita umrah diy nie?
Basic yang perlu kita uruskan sebelum umrah, perlu ada yang berikut:
1. Passport – kalau belum ada passport, atau passport hampir tamat tempoh renew dulu ya
https://imigresen-online.imi.gov.my
2. Tiket flight – saya prefer cari tiket flight direct dengan website airline tu sendiri. CONTOH nak naik AirAsia sy akan masuk website AirAsia dan beli disitu bukan menggunakan thirdparty macam skyscanner dan seumpamanya. Untuk umrah kali ni dah survey tiket AirAsia, MAS dan kebetulan Saudia Airline tengah promo masa tu, kami pilih fly dengan Saudia Airline. Flight Direct 8 jam, KUL – JEDDAH – KUL.
3. Hotel – bila dah ada tiket maksudnya dah ada tarikh yang confirm makanya dah boleh booking hotel. Banyak website boleh kita guna utk booking hotel di Mekah dan Madinah. Disebabkan dah terbiasa kemana- mana pun mmg booking guna Agoda, jadi utk trip Madinah dan Mekah kami booking melalui Agoda.
Hotel Madinah kami pilih Ruve AlMadinah – About 300 meters ja kot dari Gate 338 Masjid Nabawi. Best hotel ni, sarapan kena dengan tekak Malaysia dan yg penting, lift dia banyak tak yah nak tggu2 lift sampai setengah jam. Tekan ja inshaAllah after a while ada ja lift available.
Hotel Mekah, kami pilih Pullman ZamZam Makkah pun sama, sangat dekat..50 meter ja dari dataran MasjidilHaram…cuma breakfast dia perlu tambahan sambal dari Malaysia. Bilik selesa sangat2, view kota Mekah dan lift mmg banyak dan kalau last minit turun ke Masjid pun inshaAllah sempat berjemaah bersama.
4. Visa Pelancong/Umrah – kami pilih visa pelancong.. Harga visa SAR448 bersamaan RM650 . Boleh apply sendiri visa di link ni:
Visa ni valid setahun dan boleh guna utk multiple entry, cuma sekali entry tak boleh lebih 90 hari.
5. Insuran – sebenarnya visa umrah RM650 dah termasuk insuran. Bila kita download visa kita siap disertakan sekali polisi insuran. Tapi untuk kemudahan dari segi travel hassel, contohnya beg hilang, flight delay and so on, boleh tambah insuran lagi. Kami ambik etika360 utk spouse platinum pakej, harga RM210. Ini optional nak ambik takpa, takmau ceq takpaksa..
6. Transport – Transport adalah isu yg paling org takut untuk umrah diy. Walaupun sebenarnya sangat mudah sbb banyak kemudahan disediakan kerajaan saudi utk jemaah umrah. Antara route yang jadi keutamaan untuk kita ambik kira ialah
transport dari airport ke hotel madinah/mekah
transport dari hotel mekah/madinah ke airport
transport ziarah/miqat
transport dr hotel ke masjid (Jika ambik hotel jauh dari Masjid)
Kami pilih HHR speedtrain untuk bergerak dari Airport Jeddah terus ke Madinah dan dari Madinah ke Makkah. Tiket beli secara online di HHR apps. Beli guna apps mmg mudah semudah ABC. Download apps kat sini
SPEEDTRAIN:
https://play.google.com/store/apps/details…
Manakala untuk perjalanan dekat menggunakan teksi kami banyak guna apps BOLT
BOLT: https://play.google.com/store/apps/details…
Ada lagi apps lain yang murah dan sesuai guna di Madinah dan Mekah:
CAREEM: https://play.google.com/store/apps/details…
UBER: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ubercab
Cara nak booking sama sebijik macam hampa duk booking grab kat malaysia tu.
Kalau rasa ermmm renyahnya nak guna apps bagai, cara paling mudah turun hotel pi ja berdiri tepi jalan, nanti ada ja teksi /prebet sapu akan hon tanya nak pi mana…pandai2 la nego harga, kami prefer guna apps sbb harga tetap dan risiko kena ketuk tu takdak.
7. Permit masuk raudhah/umrah – Untuk masuk ke raudhah macam semua org dah maklum perlu booking awal di apps NUSUK, download apps NUSUK dan tunggu sehingga hari Jumaat sebelum hampa berlepas ke Mekah, setiap Jumaat slot akan dibuka untuk seminggu, pastikan cepat2 booking slot. Jangan lupa booking slot umrah sekali, penting tu sebagai bukti kita buat umrah, nanti kat airport perlu tunjuk di kaunter check in flight utk keizinan bawak balik air zamzam. Kalau tak booking slot, kemungkinan utk say goodbye kat airzamzam sgt tinggi..
8. Simkad – Hat ni penting nii… hampa nak pi mekah madinah kalau rasa number Malaysia yang duk pakai la ni penting utk dihubungi, better beli roaming service dari telco masing2… contohnya saya pakai DIGI dan husben pakai Maxis, kami beli roaming service di apps DIGI dan Maxis masing2…harga ikut telco masing2. Pi sana on ja roaming dan pakai number Malaysia macam biasa. Cuma elakkan dari menjawab call..segala call gunalah whatsapp call/videocall sahaja.
9. Makan – Ni lasttt dah ni..lenguh tangan menaip dah ni… hat ni ikut bajet hampa..rasa nak jimat boleh angkut ricecooker dari Malaysia, bawak sambal bilih sambai petai whatsoever peberet hampa. Ceq ni dengan husben Muhammad Rozaimi kami hantu nasik arab. Jadi kami tak bawak la segala mak nenek makanan, bawak sambal nyet Khairul Aming ja utk kepedasan maksima, lidah melayu ni dapat pedas2 di negara orang, lega rasa. Dan paling best sahabat kami Shafina Sahruddin dan Faiz Akhir depa bawak dua bundle sos dari malaysia..sos paket hat kecik2 comey2 tu.. mmm lengkap hidup di Makkah Madinah bila ada sos malaysia.
Maka sekianlah topik hari ni, rajin2 pi kursus umrah, rajin2 masuk kelas online umrah, inshaAllah segalanya dipermudahkan inshaAllah.
Nanti syiroh share tajuk lain pulak… makan kat mana best di Mekah dan Madinah okay? Yang nak tahu detail berapa kos kami habis, saya ada buat list kos, saya boleh share personal, pm tepi k.
Sekian, salam Maghrib.
Perkongsian tulus ikhlas oleh: Basyiroh Abu Bakar
assalam.. thanks atas perkongsian.. boleh ke share itinerary and basic cost.. yang major.. thank youuu
and if ada tips2 yang penting utk first timer juga..
thanksss..