KWSP i-Citra

Permohonan Pengeluaran i-Citra Bermula Hari Ini 12 Julai 2021.

Dalam pengumuman bantuan PEMULIH sebelum ini, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur di bawah 55 tahun boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra bermula 15 Julai 2021 melalui icitra.kwsp.gov.my. Namun, proses ini diawalkan 3 hari sebagai inisiatif kerajaan membantu rakyat yang terjejas.

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Baca Juga: Cara Mudah Urus Duit Moratorium

Siapa Layak Memohon i-Citra?

Secara asasnya, melalui i-Citra, ahli dibolehkan membuat pengeluaran jumlah maksima sebanyak RM5000. Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50. Ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang.

Sila rujuk ilustrasi bayaran pengeluaran amaun seperti berikut:

bayaran pengeluaran i-citra

Untuk makluman, Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Sebab Pengeluaran i-Citra Dihadkan Kepada RM5000 Sahaja?

Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan. Sekiranya had ini tidak ditetapkan, maka ramailah yang akan mengeluarkan simpanan hari tua pada tahap maksimum. Sekaligus akan memberi kesan jangka masa panjang kepada perancangan hari tua ahli.

Cara Memohon i-Citra

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal i-Citra Online. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021.

Bayaran bagi Pengeluaran i-Citra akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran i-Citra berjalan lancar.

  • Akaun bank simpanan atau semasa.
  • Akaun bank masih aktif.
  • Akaun Bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).

Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank (berstatus muflis), ahli boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-Citra Online.

Bagaimanapun, pembayaran i-Citra melalui kaedah Arahan Bayaran akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut.

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

Maklumat Lanjut

Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my || Ask ELYA di laman web rasmi KWSP || Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)

Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge